Rakan Farhan – A Fan Club


Perjuangan Yang Takkan Pernah Berakhir
November 5, 2008, 2:54 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

<Perjuangan Yang Takkan Pernah Berakhir>

<Jumaat, 15 Ogos 2008>

Awal hari ni aku terima SMS daripada Abang Chip mengatakan yang Farhan ada sedikit cash allocation untuk diperuntukkan kepada Rakan Farhan. Aku reply SMS tu dengan cadangan agar dapat dimasukkan awal sebab lagi awal lagi bagus. Sekurang²nya boleh mengundi awal dan elak SMS traffic jam hari Sabtu. Abang Faizal pun ada called aku pasal funding tu, katanya boleh la guna untuk tambah kredit dan guna sikit untuk belanja tol dan petrol kereta ke konsert malam esok. Sebenarnya kitaorang tak kisah pun pasal trip expenses, memang dah allocate siap² dah tiap² minggu, so bila ada duit extra ni, apa lagi??? Kita enjoy!!! Heh, takde la, gurau je….. Duit extra ni kitaorang agih² la nanti antara voters Farhan. Menjelang petang tu aku dapat balik reply daripada Abang Chip memaklumkan aku yang duit tu dah masuk ke account Maybank tapi aku tak sempat draw malam tu sebab sibuk ngan hal lain. Bagus jugak dapat funding ni, at least dapat encourage ramai lagi orang vote Farhan.

<Sabtu, 16 Ogos 2008>

Awal² Subuh lagi aku dah draw duit bila aku gerak dari Dealova pagi ni. Aku dapat RM260. Sampai je rumah, aku terus beli topup pelbagai jenis bernilai RM210 kesemuanya. RM50 tu aku dah bersetuju dengan Shah nak belanja untuk trip and miscellaneous expenses hari ni. Sampai je rumah aku terus topup handphone aku dan terus SMS kumpulan Farhan. Aku edar²kan gak topup dengan Shah dan Epul supaya diaorang boleh agih²kan plak antara kawan² dan family members diaorang. RM210 bukanlah satu jumlah yang besar tapi alhamdulillah, dengan pemberian Farhan ni kita harap at least ia akan memberikan kumpulan Farhan the additional boost in SMS collection for their final chance malam ni untuk ke final Akademi Nasyid.

<Rabu, 5 November 2008>

<Dealova 2, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri>

Lebih 3 bulan dari tarikh di atas, aku kembali menulis untuk Farhan. Rasanya semua pun dah tahu kenapa aku tak teruskan penulisan aku selepas tarikh di atas. Ya, aku kecewa dengan dunia hiburan Malaysia yang dah la tenat, pastu nak ditenatkan lagi dengan eksploitasi orang² awam cam aku ni. Aku taknak bercakap panjang pasal benda yang dah lepas tapi hari ni aku nak bercakap tentang masa depan. Ya, masa depan Farhan dan adik² yang seangkatan dengan mereka, In-Heart.

Kalau rakan² Farhan yang masih lagi peka dengan kewujudan kumpulan Farhan selepas AN, tentu korang semua aware dengan aktiviti² mereka yang alhamdulillah, membuatkan mereka lebih terkenal berbanding beberapa finalis² AN yang lain. Bukan itu sahaja, pendedahan mereka dengan show² live juga telah membantu mereka mendalami beberapa ilmu berkaitan showmanship dan vocal improvisation, teknik dan taktik live production, dan lain² lagi. Diorang juga dalam masa yang sama bergiat aktif dalam beberapa aktiviti amal dengan badan² tertentu. So check out their official website – http://www.halamanfarhan.blogspot.com

Farhan selepas AN. Show di Dewan Felda Perdana, KL. Terima kasih jemput berbuka buffet sekali abang² semua. Firdaus dan Khairul (In-Heart) pun ada.

Farhan selepas AN. Show di Dewan Felda Perdana, KL. Terima kasih jemput berbuka buffet sekali abang² semua. Firdaus dan Khairul (In-Heart) pun ada.

Sebenarnya post ni aku sambung tulis sebab hari tu aku dok godek² handphone aku, baru aku terperasan ada gambar² konsert AN yang aku tak retrieve dari handphone aku. (Punya lama terperap, so korang leh bayangkan betapa aku tak pedulikan AN selepas konsert ke-8) Di sini aku nak postkan gambar² tersebut sebagai peringatan kepada semua rakan² Farhan sekalian bahawa perjuangan Farhan takkan pernah berakhir, insyaAllah…..

Shout out to rakan² In-Heart sekalian, sorry tak dapat datang openhouse, seperti biasa, alasan tipikal aku, aku busy. Hahahahaha!!! Keep it up guys!!! Doa aku agar korang semua berjaya sentiasa aku tadahkan ke hadrat Illahi. Begitu juga abang² Farhan sekalian.

Farhan dan Ida

SMS antara tertinggi, pujian dari semua juri, tetapi masih gagal ke final?

Magnificient!!! Kau Di Hatiku by In-Heart. Ermm....In-Heart = di hati???

Magnificient!!! Kau Di Hatiku by In-Heart. Ermm....In-Heart = di hati???

Abang Faizal nak tumbuk siapa? Orang² TV9 ke?

Abang Faizal nak tumbuk siapa? Orang² TV9 ke?

Harap²nya 'adik-beradik' ni takde la berenggang satu masa nanti.

Harap²nya 'adik-beradik' ni takde la berenggang satu masa nanti.


3 Comments so far
Leave a comment

Saya masih menyokong perjuangan Farhan.
Cume masa je membataskan saya pergi ke
show Farhan.InsyaALLAH,kalo de masaa..
saya akan pergi.

Comment by Zarith

salam semua.. thanks Are dan Zarith kerana masih sudi memberikan sokongan anda kepada Farhan.. walaupun Farhan sepi dari media elektronik tapi alhamdulillah show bertemu saudara2 islam kita masih diteruskan dan memberangsangkan..

perancangan kami, skrg perlu finishkan single farhan menjadi end-product untuk dibawa ke stesen radio.. insya allah projek single kami usahakan dengan kumpulan adik kesayangan kami (chewah!) inheart… kalau ada rezeki, boleh buat muzik video, insya allah farhan akan keluar tv semula.. hehehe..

so, kalau ada lubang2 idea untuk projek2 ini, harap jgn segan silu hubungi kami.. mana tau idea anda semua mungkin dapat digunakan dalam usaha murni kami.. insya allah..

Comment by Adi Farhan

thanx 4 da song dedicated, patutla zarith ade promote 1 cc ni kat….ingt kan sape punye cc….neway all da best 2 u n also FARHAN!!!

Comment by onny




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: