Rakan Farhan – A Fan Club


Ada Tetapi Tiada???
October 11, 2008, 2:31 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasa²nya dah lama aku tak ke sini untuk meninggalkan sebarang coretan untuk Rakan Farhan. Memang dah lama pun sebenarnya. Semenjak Farhan tersingkir di konsert wildcard dulu, aku dah kehilangan mood untuk menulis. Bukan sebab aku tak support kumpulan Farhan lagi cuma drive dan hype untuk Akademi Nasyid terus luput dari dalam jiwa aku. Rasanya ramai yang tahu tentang perasaan aku kalau² korang rajin baca komen² di website AN@TV9.

Di kesempatan ini, aku nak pohon maaf zahir dan batin daripada ahli² Farhan – Abang Nuar, Faizal, dan Adi serta rakan² Farhan sekalian – Raja Zarith, Shah, Epui, E’ar, Dida, dan semua orang (it’s nearly impossible for me to list down all) yang selama ni bersusah payah dan berkorban masa dan tenaga juga wang untuk memberikan komitmen kepada Rakan Farhan dan juga kumpulan Farhan itu sendiri, terutamanya pada malam konsert wildcard. Ramai yang hadir pada malam tu – keluarga Abang Adi, keluarga Abang Faizal, dan ramai lagi, tak lupa juga student² PTPTL.

Sehingga kini, percaya atau tidak, aku masih tak tengok rakaman konsert AN sejak penyingkiran Farhan. Entah la, orang lain pun dapat 24 jam sehari tapi agaknya time management aku tak bagus, so aku terus terikat dengan banyak lagi perkara lain dalam hidup aku sekarang especially selepas pembukaan Dealova 2 di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Ni pun aku tengah tunggu setup PC nak selesai so aku curi tulis perutusan ni.

Kepada abang² Farhan sekalian, maaf kalau tak dapat nak live up to expectation as your strong supporter. Kadang² saya pun tak suka terima excuses daripada orang lain walhal dalam masa yang sama, saya pun suka buat excuses kepada orang lain. Tu la kelemahan saya selaku hamba Allah yang serba kekurangan. Entah la, terlalu banyak perkara yang berlaku di Dealova 2 yang perlu saya uruskan terlebih dahulu. InsyaAllah, kalau tak terlambat dan khidmat saya masih diperlukan, maka saya akan terus membantu Farhan di masa akan datang dan selamanya, insyaAllah.

Kepada rakan² Farhan yang lain, jangan ingat kita dah berkubur. Kita akan bangkit semula bak phoenix bangkit dari abu. Teruskan menyokong Farhan.

Keluarga Rakan Farhan

Keluarga Rakan Farhan. Thanx Zarith for the pic.


2 Comments so far
Leave a comment

Salam Aidilfitri.Maaf Zahir Batin.
Biase la Azhar.Saya juga sibuk
dengan exam yang tak abis-abis..
Tapi,tak bermakne saya tidak
menyokong perjuangan Farhan lagi
cuma masa je tak menginzinkan.

Comment by Zarith

salam semua.. kami pun ingin mengucapkan ampun dan maaf kepada semua terutamanya kepada en Azhar kita ni yang selama ni berjuang bersama kami.. Insya allah, kita tidak akan berkubur.. Sudi-sudi lah datang ke show2 yang melibatkan farhan yer..

Comment by Adi Farhan




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: