Rakan Farhan – A Fan Club


We need you more than ever, all Rakan Farhan!!!
August 15, 2008, 4:41 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan² Farhan sekalian, yang berada tidak kira di mana, siapapun anda baik berlainan bangsa dan agama.

Rakan-rakan Farhan sekalian yang saya hormati,

Jika anda dapat membaca mesej yang terpapar, maka saya harap rakan² Farhan sekalian akan terus-menerus membaca perutusan yang serba ringkas ini.

Untuk konsert ke-9 Sabtu ini, yakni bersamaan 16 Ogos 2008, kumpulan Farhan yang kita sanjungi akan berentap buat kali terakhir sebagai peserta kelayakan untuk merebut satu daripada 2 tempat yang ditawarkan kepada 8 peserta yang pernah tersingkir bermula daripada minggu ke-2 hinggalah ke minggu lepas. Sofieya, Zuriana Ishak, Voice of Men, Shah, Eda Fazillah, Muslim Voice bersama² Farhan dan In-Heart akan bersaing dan berhempas-pulas memberikan persembahan terbaik untuk memastikan tempat ke final yang terhad kepada 2 slot sahaja.

Sehubungan dengan itu, Farhan telah berjanji akan melakukan persembahan sebaik mungkin untuk konsert ke-9 ini. Farhan akan melakukannya jadi saya berharap dan menyeru diri saya dan juga rakan² Farhan sekalian, di pihak kita, marilah lakukan yang terbaik dengan menghadiri konsert beramai² dan yang paling penting, mengundi AN<jarak>FARHAN ke 33399 sebanyak yang mungkin kerana ini mungkin kali terakhir kita melakukan semua ini, begitu juga dengan Farhan. Bersama²lah kita bersatu hati dan berdoa Farhan akan ke final, InsyaAllah.

Adi Farhan

Adi Farhan

Faizal Farhan

Faizal Farhan

Anwar Farhan

Anwar Farhan

Semoga jasa baik anda peminat² dan penyokong² setia Farhan akan dibalas dengan rahmat Allah S.W.T. InsyaAllah. Allahu Akbar!!!

Pengerusi Rakan Farhan,

Azhar Ibrahim


4 Comments so far
Leave a comment

nak ikut pergi ari sabtu nie.
contact saya dekat no telefon
yang di hantar melalui email.
tq

Comment by Raja Z

farhan,rezeki ada di mana-mana.
cuma masa jer yang tentukan semuanya.
apa-apa,gadisgombak.blogspot akan terus support u’LL.gud luck.u are the best

Comment by Raja Z

mgkn bkn rezeki farhan kat sini..insyaallah, di tempat lain farhan bole bejaya. btw, thanks to all dat support farhan…

Comment by rakan farhan ahmad shah

teruskan menyokong Farhan walaupon diluar Akademi Nasyid …

Comment by BangLong




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: