Rakan Farhan – A Fan Club


Malam Yang Kontroversi?
August 15, 2008, 4:12 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

<Malam Yang Kontroversi?>

<Sabtu, 9 Ogos 2008>

Seperti biasa, rutin aku setiap Sabtu ialah bersedia di depan TV tepat jam 1.00 petang untuk menonton rancangan Carta Nasyid di TV9. Pada minggu ni, aku sorang² je kat rumah, mak ayah aku balik kampung, kenduri sepupu aku kahwin. Aku rasa ralat gak tak pergi tapi mak ayah aku cakap takpe, takyah ikut. Kata diaorang, aku ada tanggungjawab yang lagi besar, iaitu mengiringi Farhan ke pusingan berikutnya malam nanti. Sepupu aku dan saudara-mara yang lain di Taiping, Perak semua pun tak kisah aku tak balik, diaorang pun faham keadaan aku sekarang. Berbalik pada Carta Nasyid tadi, peserta jemputan minggu ni ialah tidak lain tidak bukan kumpulan Muslim Voice yang menjadi mangsa penyingkiran konsert ke-7 Sabtu lepas. Hos kita seperti biasa ialah Rafidah Haji Ibrahim, the main reason kenapa aku duduk depan TV dengan khusyuk untuk setengah jam berikutnya. Untuk minggu ni, Fida dah banyak improved her presentation on air berbanding pada mula² dia take over rancangan ni dari Wardina. Go Fida!!! Semoga kekal di TV9, barulah dekat di hati aku. Carta Nasyid juga dah improvised, sekarang ni dah link dengan Akademi Nasyid 100% melalui temuramah dengan peserta² AN yang tersingkir. By the way, Fida minggu ni manja gila aku rasa, aku suka cara dia cakap “Muslim Voice”, sure budak² MV pun mengigil dengar suara Fida camtu, sebab tu nak jawab soalan pun kelam-kabut. “Kita bersama lagi dengan kumpulan…..Muslim Voice”. Tapi satu je la yang aku tak berkenan dengan MV, sorry to say guys, bila Fida tanya pasal kenapa salah sorang dari ahli MV hilang time press conference tu. Firdaus tak patut jawab camtu, apa plak kena-mengena dengan ada “kerja sikit” dengan tak menghadiri press conference? Aduhai, baru tahap peserta je, jangan la buat pasal. Maybe Firdaus ingat no big deal, tapi kalau dalam journalism, tu disrespect namanya pada wartawan. Silap haribulan kalau korang artis, perghh, memang dah masuk column Siti Jarum dalam akhbar Mingguan Malaysia. Korang sume masih muda, so belajarlah cepat² untuk adapt jadi public figure dan mula bersikap professional. Bukan apa, takut belum bercambah jadi anak pokok, dah kena cantas pucuk muda. Paling penting, jangan libatkan hal peribadi dengan hal² sebagai seorang “artis” (which aku rasa korang sume dah sampai tahap “artis” tu). Prioritize ok? To Firdaus, sorry la kalau kau bengang dengan aku, aku tau kau bersedih masa tu…..

Untuk Galeri AN minggu ni plak, among cover stories ialah Farhan bersilat (tak sangka Abang Edi tali pinggang merah), Azhan menerima jemputan ke kedai makan milik peminatnya, dan komen mak Cicik menangis pada konsert minggu lepas. Takde apa yang menarik sangat pun, tapi time bersilat, Abang Nuar was as funny as always. Silat lagenda eh abang? Apa² je lah…..

Tapi the biggest issue discussed this week ialah mengenai performance kumpulan In-Heart dalam AN. Untuk 4 minggu berturut² In-Heart berada di bottom 3 so perkara ni sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kemampuan In-Heart dalam AN dari segi showmanship dan paling penting, vocalization performance. Yang aku paling tak setuju ialah komen guru vokal diorang yang mengatakan In-Heart ni takde lead vocal. Perlu ke lead vocal? Bagi aku lagi bagus dan lagi versatile kalau sume leh nyanyi, masing² jadi lead vocal, takleh ke camtu? Entah la…..

Lepas habis sume² tu, aku tutup TV, makan tengahari, solat, dan ready nak spray cat ke satu banner baru aku nak buat. Aku spray² sambil tunggu Shah datang rumah aku untuk lepak² sambil catch-up perkara² yang dia miss minggu lepas. Dalam pukul 5 petang, aku dah siap² mandi dan solat, terus gerak naik moto ke rumah Shah sebab nak amik dia and hala ke Desa Pandan untuk pinjam kereta Kobau. Minggu ni Shah takde transport nak bawak 2 orang lagi kawan kitaorang yang dah lama tak singgah AN iaitu E’ar dan Dida. Dalam pukul 6.30 petang, kitaorang bergerak dari Desa Pandan menghala ke Shah Alam. Pukul 7.30 malam kitaorang sampai dan terus solat Maghrib.

Malam ni antara Rakan Farhan yang hadir ialah Kak Zainie (kakak ipar Shah) dan 3 orang kawannya, Ida (adik Abang Faizal) dan bakal tunangnya, tunang Abang Faizal dan beberapa ahli keluarganya, Abang Izaman dan wife serta Amar, anak mereka, adik² Shah, and last but not least, aku, Shah, E’ar, dan Dida. Minggu ni kitaorang berpanas sekali lagi dipancar oleh front stage spotlight, di row kedua, di depan pentas. Kesian kat Amar, tapi tak plak dia meragam, tak macam baby² yang lain yang selalunya akan meragam sebab tak tahan panas. Alhamdulillah, mungkin Amar pun excited dengan sound² kuat dan muzik band AN yang memang sempoi, so Amar pun OK je malam tu. Minggu ni AN dimulakan tanpa nyanyian lagu tema Mendidik Jiwa meskipun para peserta yang tinggal untuk konsert ke-8 semuanya berada di atas pentas. Aku terasa cam something fishy plak bila diaorang tak nyanyi lagu tema dan berdasarkan input² yang aku dapat time lepak ngan diaorang last week, aku dapat agak outcome pada penghujung konsert malam ni.

Minggu ni adalah minggu ‘Tribute to Rasulullah S.A.W.’, yang mana buat pertama kalinya AN memperkenalkan tema untuk konsertnya. Para peserta diberi 2 lagu untuk persembahan dan salah satunya adalah lagu wajib yang menepati tema konsert minggu ni iaitu ‘Tribute to Rasulullah S.A.W.’. Persembahan minggu ni dimulakan dengan kumpulan D’Vision, diikuti oleh Aiman, In-Heart, Cicik, Farhan, dan terakhir sekali, Azhan. Farhan sekali lagi pada pendapat aku, berjaya kembali ke aliran muzik mereka, dan sesungguhnya, dengan mengetepikan seluruh rasa prejudis aku kepada peserta lain dan biasness, aku berpendapat inilah persembahan terbaik daripada kumpulan Farhan. Tahniah abang² sekalian untuk feel yang sangat terasa. Aku kat dalam studio yang ketika itu ibarat cacing kepanasan dengan tiba² jadi sejuk seram dan menggeletar seluruh tubuh badan aku, menandakan aku betul² terhubung dengan nyanyian diaorang. Alhamdulillah, aku bersyukur yang akhirnya di saat² kritikal camni, Farhan kembali ke jalan yang benar….. Heh, macam Farhan ni buat dosa plak, nak kembali² ke jalan yang benar.

Wahyu Pertama & Tetamu Senja

Wahyu Pertama & Tetamu Senja

Selesai percaturan para peserta, AN diteruskan dengan persembahan dari Jay Jay selaku artis jemputan. Sekali lagi, aku tak terasa hebat dengan penampilan artis jemputan kali ni, sebagaimana dengan M. Nasir pada minggu lepas. Entahlah, aku rasa AN dah patut panggil artis² nasyid plak untuk buat persembahan. Dalam kes M. Nasir tu, bukanlah aku nak cakap beliau tak hebat, tapi persembahan beliau minggu lepas tu agak bersahaja je, tak grand la bagi aku. Bagi aku, tak tau la orang lain kan?

Kurang memberi impak

Kurang memberi impak

The cream of the crop (or is it the crop of the cream) of the show tonight? Kejutan yang aku rasa tak perlu dalam sejarah penerbitan rancangan TV realiti apatah lagi yang membawa nama dakwah Islamiah dan unsur² suci Islam. Sebab apa aku cakap camtu? Sebab keputusan penyingkiran pada malam ni menafikan hak² pengundi SMS!!! Untuk konsert ke-8 kali ni, 3 peserta terbawah adalah D’Vision, Farhan, dan In-Heart dengan peratus undi di awal rancangan iaitu 9%, 16% dan 34%. Persoalannya, adakah Farhan dan In-Heart tak dapat markah langsung dari juri sehinggakan terkelompok ke bottom 3 buat ke-4 dan ke-5 kalinya berturut²? Adakah mustahil penyokong² dan peminat² Farhan dan In-Heart tak vote 1 sms pun pada malam konsert yang berlangsung selama 2 jam itu? Atau mungkin AN cuba mencetuskan kontroversi dengan penyingkiran 2 kumpulan serentak pada malam ini? Kerana apa? Strategi pemasaran? Menaikkan rating rancangan? Sudahlah, baik apa sekalipun yang cuba dilakukan, aku betul² hampa dan marah selepas mengetahui keputusan yang diumumkan. Hampa kerana expectation aku pada AN untuk jadi something different daripada rancangan TV realiti yang lain hancur berkecai dan marah kerana diperalatkan sebagai bahan untuk kepentingan duniawi AN dan TV9.

Farhan terpaksa akur dengan kehendak TV9?

Farhan terpaksa akur dengan kehendak TV9?

Namun begitu, pada minggu depan, konsert ke-9 akan menampilkan 2 peserta yang tersingkir pada malam ni disertai dengan 6 peserta yang tersingkir sebelum ni untuk satu konsert penentu dimana 2 lagi peserta yang berjaya pada konsert tersebut akan melayakkan diri ke final bersama² Cicik, Azhan, Aiman, dan D’Vision. Apa² je la….. Malam tu aku takde mood langsung nak bergambar or whatsoever, lepas borak² kejap dengan Farhan dan In-Heart, aku salam² diaorang, terus aku mintak diri. Panas plak aku kat Sri Pentas 2 tu. Dalam diri aku bercakap sendirian, apa TV9 ni ingat penonton² AN sume bodoh² belaka ke? Terus-menerus ‘telan’ dan ‘hadam’ drama AN yang aku rasa kali ni sangat keterlaluan? Entahlah….. Kalau nak tengok aku ‘mengamuk’, boleh je ke website TV9 dan baca la post² aku dalam ruangan komen Episod Penuh konsert ke-8 dibawah nama Rakan Farhan Are. Kalau ada sapa² nak curi ID aku untuk memburukkan nama aku dan kumpulan Farhan, silakan, Allah S.W.T. tak duduk diam melihat je korang buat salah dengan nama aku, paling kurang ada catatan.

Mendidik Jiwa selepas dan bukan sebelum konsert menzahirkan sirna

Mendidik Jiwa selepas dan bukan sebelum konsert menzahirkan sirna

P/S: Tunggu sambungan post “Akademi Nasyid akhirnya dibunuh jua…..” lewat hari ni atau pagi Sabtu nanti. Kepada Farhan dan In-Heart, aku yakin penyokong² anda semua sentiasa berada di belakang, kiri, dan kanan korang, bersama² melangkah ke depan. Ke FINALE!!! Allahu Akbar!!!


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: