Rakan Farhan – A Fan Club


Akhirnya Akademi Nasyid dibunuh jua…..
August 11, 2008, 7:52 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selama ni aku mempertahankan Akademi Nasyid daripada anasir² kurang matang, jumud, dan retarded kerana aku berpendapat yang AN akan menampilkan kelainan dan pembaharuan terutamanya dalam menyebarkan syiar Islam melalui medium nasyid tapi jangkaan aku meleset sama sekali selepas berakhirnya konsert ke-8 kelmarin.

Pokoknya ialah mengenai penyingkiran 2 kumpulan yang umum ketahui sebagai pendahulu undian SMS hampir setiap kali di awal rancangan tetapi akhirnya tetap berada di 3 tangga terbawah dan malam Sabtu lepas, sejarah hitam dilakar di mana kumpulan Farhan dan In-Heart tersingkir serentak.

Sebagai ‘penyedap’ drama di AN yang setiap minggu semakin ketara, konsert minggu depan hanya akan menampilkan 8 peserta yang tersingkir untuk merebut 2 tempat lagi untuk ke finale pada 30 Ogos nanti. Nampak macam perkara biasa kan? Mungkin ramai yang akan cakap, “Ala, standard aaa nak buat duit melalui SMS, marketing strategy je semua ni, etc.” dan lain² pendapat tapi itu bagi mereka yang tidak membuat analisa lanjut. Perhatikan trivia ini:

—> Farhan menduduki tempat pertama pada konsert ke-3 dan ke-4, tempat kedua pada konsert ke-5, ke-6. dan ke-7 setiap kali di awal rancangan dengan peratusan yang agak tinggi. Pada minggu ke-8, Farhan menduduki tempat ke-4 (aku percaya mereka sebenarnya di tempat ke-3 kalau peratusan Azhan sebenarnya patut 12% dan bukan 22% kerana kalau 22%, ia tak mengikut turutan lagi). Jadi macam mana Farhan boleh berada di bottom 3 untuk 4 minggu berturut²?

—> In-Heart pada konsert ke-7 memecahkan rekod kutipan SMS dengan peratusan tertinggi yang belum pernah lagi dicapai oleh mana² peserta AN iaitu 30% dan pada minggu ke-8, kekal di tempat pertama dengan 34%, namun ia tidak memadai apabila tersingkir bersama Farhan.

Untuk post yang seterusnya, aku akan dengarkan hujah² aku untuk menyokong pendapat² yang aku bentangkan di laman web TV9 dan juga di sini jadi nantikan……