Rakan Farhan – A Fan Club


Di Mana Gelombang Farhan?
August 8, 2008, 2:38 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

<Di Mana Gelombang Farhan?>

<Sabtu, 2 Ogos 2008>

Pertama sekali maafkan aku sebab mengelat dengan rakan² Farhan yang lain untuk post minggu ke-6. Aku terlalu sibuk, ditambah pula dengan ketiadaan PC aku di rumah yang tidak memungkinkan aku curi masa duduk depan PC untuk tulis sesuatu sekurang²nya. Seperti biasa, tepat jam 1.00 tengahari, aku patut dah menonton Carta Nasyid tapi hari ni aku dapat tengok hujung² je sebab aku bangun tidur lambat. Hah, jangan ingat aku lajak sampai ke tengahari dari malam sebelumnya, aku masuk tidur lepas Subuh. Sibuk buat kerja di Dealova sampai ke pagi (dan juga banyak lepak minum dan brainstorming dengan kawan² yang lain, Kobau dan Samba). Minggu ni, seperti biasa, Cik Fida kita yang ayu lagi berseri dan chomey lote mengacara rancangan Carta Nasyid, dihadiri oleh peserta terbaru yang tersingkir daripada Akademi Nasyid iaitu Cik Eda Fazillah yang juga chomey lote. Heh. Boleh tahan juga lagu Far-East, dah berapa minggu dah stay no. 1 dalam Carta Nasyid. Tahniah!!! Di kesempatan ni juga saya nak ucapkan terima kasih pada Cik Fida yang sudi bergambar dengan rakan² Farhan pada penghujung konsert minggu lepas. Dalam menonton Carta Nasyid minggu ni, kita dapat dengar suara Eda apabila beliau bercakap. Lemah-lembut dan penuh sopan santun je cara dia bercakap. Tertunduk² menunjukkan kerendahan diri. Alahai…..beruntungnya siapa yang dapat Eda sebagai isteri nanti, sejuk mata memandang, sejuk lagi hati melayan. Huhu. Ah sudah, dah melencong jauh plak aku rasa topik perbincangan kali ni. Hah, di mana perginya gelombang Farhan? Ke mana hilangnya sokongan rakan² Farhan sekalian?

Minggu ni, Galeri Akademi Nasyid bersiaran dari Banjaran Sendayu di Batu 12, Gombak. Para peserta dan krew AN dibawa berkelah selama berapa hari pun aku tak pasti (nampak cam sehari je pun) untuk beriadah dan lepaskan tension selepas konsert pada malam sebelumnya bersama² saudara Hafiz Hamidun. OK la tu, semua dapat makan ayam panggang kan? Sedap tu….. Terliur gak la aku tengok galeri minggu ni. Dah lama tak gi camping or picnic dengan family or kawan².

Hari ni aku terpaksa pergi sorang² Plaza Alam Sentral sebab main transporter aku, Shah, kena pergi Melaka untuk program treasure hunt company dia. Aku tak berjaya nak ajak Kobau atau Samba sebab masing² pun busy. Aku pun patutnya busy jugak tapi untuk hari Sabtu, aku buat pengecualian untuk AN kecuali untuk hal² yang sangat penting dan bersifat peribadi. Kebetulan hari ni family aku nak ke rumah adik aku di Bukit Rimau, Shah Alam so dapat la aku sampai ke PAS akhirnya. Agak mengecewakan sebab family aku dan family adik aku tak dapat nak join tengok konsert pada malam tersebut. Takpelah. Aku bertolak dari KL jam 6 petang, tiba di PAS jam 7.30 malam dan terus aku ke surau untuk solat Maghrib terlebih dahulu. Dalam perjalanan tadi, ramai jugak yang call aku untuk follow tengok konsert malam ni. Situasi minggu ni amat berlainan dengan minggu lepas. Alhamdulillah, at least aku tak keseorangan kali ni walaupun isteri Abang Adi dah confirm datang dengan adik² Shah.

Keluar je dari surau, aku lepak kat entrance Studio Sri Pentas 2 kejap hisap rokok. Tetiba datang seorang budak lelaki mendekati aku lalu bertanya. “Abang nipengerusi Rakan Farhan ke?” Aku pun jawab la ya. Pastu dia cakap dia dan kawan² perempuan dia adalah penyokong Farhan dan nak lepak sekali untuk konsert kejap lagi. Aku pun macam tak percaya plak untuk seketika. Ada 6 orang semuanya. Alhamdulillah. Wife Abang Adi plak confirm datang 4 orang. Dalam perjalanan tadi plak kawan Abang Nuar pun confirm nak datang dengan wife and their child. Adik perempuan Abang Faizal pun nak datang berdua dengan tunangnya (mula² aku tak tau pun dia nak datang dengan tunang dia). So campur² semua adalah 15 orang termasuk baby chomey dan pengerusi chomey, heh.

Untuk minggu ke-7 ni, tinggal 7 peserta berentap, menyingkirkan 1 untuk melepaskan peluang menjadi johan dan juga RM100,000, meninggalkan 6 untuk melangungkan survival, dan menghamburkan 1001 persepsi serta kritikan tentang kredibiliti rancangan ulung realiti yang ulung ini. Semakin hari, semakin panas blog² berkenaan AN, semakin pedas kata² yang dilontarkan dalam website TV9, dan semakin kritikal debaran² penyokong para peserta yang tinggal di AN. Persembahan minggu ni dimulakan dengan persembahan para peserta yang mendendangkan lagu tema AN iaitu Mendidik Jiwa. Tahniah pada Farhan kerana sudah 2 minggu memegang tampuk vokal utama untuk lagu ni, minggu lepas hanya Abang Nuar, tapi pada kali ni Abang Nuar turut diiringi Abang Adi bersama² Azhan, Cicik, Aiman, dan lead singer kumpulan D’Vision (aku dengar² orang panggil dia bilal je, ye la, bilal masjid Shah Alam).

Persembahan peserta berikutnya dimulakan Muslim Voice yang membawa nyanyian acapella diiringi muzik. OK, a bit weird there. In my humble opinion, and please, correct me if I’m wrong, acapella sepatutnya takde muzik iringan kan? Kalau ada pun muzik, tak lah sepatutnya berbunyi sebagaimana muzik yang biasa kita dengar kan? Ni kalau dah the whole band main muzik, Muslim Voice plak buat acapella, so macam tak kena kan? I mean, what’s the point in doing acapella kalau ada iringan muzik sebegitu, and even worse, acapella MV tak nyata kedengaran. Then we proceed to In-Heart. Too much stage acting and gimmick, aku rasa macam lama sangat plak persembahan diorang (or was it?). Tapi macam biasa, aku enjoy dengan persembahan In-Heart setiap kali diorang menyanyi. Next was D’Vision, Aiman, Azhan, Cicik, and last but not least, our very own Farhan. Personally, Aiman is like a different person ever since dia nyanyi lagu Hikmah Kembara pada minggu ke-5. Aiman improved well on the 6th week dengan Sallahuddin Al-Ayubi but averaged on the 7th. Tapi bagi aku, Aiman is improving vocally (except dia nampak macam kaku setiap kali atas pentas membuat persembahan) and it was a total difference dengan Aiman di awal² minggu pertandingan.  It was worth notable here. Azhan plak mungkin mengecewakan beberapa pihak kerana tidak mendendangkan lagu rancak seperti mana yang dinanti²kan peminat dan penonton melalui lagu Pergi Tak Kembali daripada Rabbani. Lagu tersebut telah diubah susunan muziknya lalu dibawa oleh Azhan dalam bentuk perlahan. Bukan tak sedap didengar tapi peluang mendengarkan Azhan menyanyi lagu rancak tak kesampaian jua setakat ni. Pada minggu ni juga aku membuat ketetapan bahawa Cicik tidak lagi menjadi antara favorite aku sebab sampai ke minggu ke-7 ni, Cicik masih tak menyanyikan lagu nasyid, malah terus-menerus mengungguli carta kebanyakkan orang dengan lagu² pop ketuhanan beliau. Lagi sekali, aku tak kata tak sedap didengar, suara Cicik dan gesekkan gitar beliau juga sesuatu yang best tapi come on la AN, bagi la sikit cabaran pada para peserta solo. Peserta berkumpulan dah lalui semua ni, daripada lagu perlahan ke laju, lagu yang penuh jiwa ke lagu yang penuh ceria tapi peserta solo terus terikat dengan imej yang dibawa especially Cicik. Aku macam dah rasa teraniaya plak, tak fair la kalau camtu. Just my 2 cents though…..

On the other hand, Farhan tampil berlainan kali ni. Untuk persembahan minggu ni, Farhan mendendangkan lagu yang sedikit rancak iaitu Satu Qiblat Yang Sama daripada Rabbani. Bagi aku, di sebalik imej Il Divo yang dibawa oleh Farhan (orang ramai yang tag Farhan as Il Divo) dan sinonim Farhan dengan lagu² ballad, persembahan kali ni membuktikan ada satu sisi lain kumpulan Farhan yang mampu membawa lagu² berentak sedemikian. Pada minggu lalu, mereka bereksperimentasi dengan irama padang pasir sebagai selingan lagu Bismillah tetapi minggu ini, full-length, Rabbani-style performance. Not one of my best tapi bagi aku, ia satu penanda aras yang menunjukkan bahawa kumpulan Farhan ialah satu kumpulan yang serba-boleh dan tidak diterhadkan kepada satu irama sahaja. Yang penting, Farhan boleh membawakan lagu² sebegini dengan baik. Tiada masalah yang ketara. The keyword is BOLEH and they proved it. Tapi aku tak puas hati dengan komen juri kedua tu, takkan la lagu² camtu pun nak ditarranumkan lenggok nyanyiannya? Melainkan lagu tu berbentuk perlahan atau ada suara sahut-menyahut cam apa yang Aiman buat tu, boleh la ditarranumkan. Tak faham aku kadang² juri ni.

Minggu ni ramai rakan² Farhan yang datang tapi kitaorang ditempatkan di bahagian belakang bawah sebelah pentas juri. Rasa cam tak best plak. Time tak ramai, dapat je duduk depan. Hmm….. Maybe sebab Farhan buat persembahan terakhir pada konsert minggu ni, tu yang dapat seat belakang. Anyway, untuk ketiga kalinya kalau tak silap aku (aku dah lost count), Farhan sekali lagi berada di bottom 3, kali ni bersama² In-Heart yang pecah rekod di awal rancangan dengan peratusan undi paling tinggi setakat ni iaitu 30% dan juga Muslim Voice. OK, kalau ikut logik akal la, kenapa Farhan dan In-Heart boleh jatuh bottom 3 walhal Farhan dah direct berada di tempat pertama dan kedua dari minggu ketiga di awal rancangan manakala In-Heart leading 9% dihadapan Farhan. Kenapa? Adakah kerana wujud udang disebalik batu ataupun undian pada hari konsert dari penyokong² kumpulan ni tidak memberangsangkan? Kepada voters, tolong la jangan berhenti undi walaupun kumpulan favourite anda selesa dengan keputusan undian di awal rancangan. Teruskan mengundi. Aku faham kalau sepanjang minggu korang dah berhabis undi tapi kalau mampu, untuk hari konsert, aku harap seorang paling kurang vote 5-6 undi pun takpe, kalau kumpulan kita tu berada di kedudukan selesa. Tapi untuk minggu² seterusnya, we cannot afford to make a mistake. Tinggal 6 peserta je lagi. Undi anda menentukan segala²nya. Aku berdoa agar rakan² Farhan terus dipermudahkan rezeki dan berkemampuan untuk terus memberi sokongan kepada kumpulan Farhan supaya mereka dapat ke final kelak.

Minggu ni menyaksikan penyingkiran Muslim Voice. Aku terkilan gak tapi aku boleh agak diorang akan dapat markah yang rendah daripada para juri, so itulah penyebabnya kot? Lepas konsert tamat, semua peserta dah macam real-life artist, semua orang pun nak datang bergambar. Baru diorang tau penangan jadi orang popular!!! Abang Nuar sampai basah² sebab berpeluh kepanasan time bergambar. Habis sorang, sorang lagi mintak bergambar. Heh, sabar je la Abang Nuar eh? Kali ni bukan saja rakan² Farhan yang bergambar dengan Farhan malah peminat² lain pun turut tak ketinggalan mengabdikan kenangan dengan Farhan. Aku pun sempat perkenalkan diri aku pada Muslim Voice sebagai orang pertama merasmikan ruangan forum diorang dan dapat bergambar setelah aku tunggu punya lama (diaorang ni ramai peminat perempuan).

Minggu ni aku dah cakap tadi kan aku datang sorang². Guess what? Aku nak balik takde transport dan takde siapa nak pick-up aku so Farhan ajak aku lepak tempat penginapan diorang kat MAIS, Seksyen 3 bersama² peserta² AN yang lain. Aku dapat lepak minum² dan borak² ngan Farhan, Muslim Voice, D’Vision, In-Heart, Aiman, dan Cicik pada malam tu. Pagi Ahad tu plak, aku sapa Shah yang tengah sarapan dan berada sekaki jauh dari Eda Fazillah ketika beliau sedang bersarapan bersama Aiman. How cool was that? Further story? Just let me keep it to myself only…..

Thanks to Farhan and In-Heart for their hospitality since both of these groups are staying together in one room. Best dapat hang-out dengan diorang. Bertukar² buah idea, cadangan, cerita² umum dan peribadi, gelak ketawa, and other memorable experience. Budak² In-Heart memang best, so aku faham kenapa diorang bagus dan boleh dapat ramai peminat. InsyaAllah, In-Heart boleh pergi lagi jauh di masa² akan datang…..and to Farhan, thanks for the accoustic performance. Memang terbaik!!! Kalau perempuan, diaorang akan cakap ‘sweet sangat!!!’. Entah kenapa plak aku ni…..

Kesimpulannya, di mana gelombang Farhan? Anda selaku rakan² Farhan tentukanlah bila dan mana ketibaan gelombang itu.

P/S: Thanks again to PTPL students yang hadir malam tu as penyokong Farhan. Korang dah officially jadi rakan² Farhan, so teruskan support anda!!! And aku tak tau kenapa kali ni aku insert gambar tapi dia tak mau keluar. Siapa nak gambar bagtau la, nanti aku email je.


6 Comments so far
Leave a comment

abg are pengerusi..sy mmg salute sgt2 dgn anda. semangat, perjuangan, dedikasi, ketabahan, dan segala usaha yg telah anda curahkan sy ucapkan berbanyak terima kasih.

mgkn kite dpt membangkitkan kembali semangat rakan2 farhan yg lain dan peminat2 & penyokong2 farhan yg lain utk bersama2 memberikan sokongan.

di kesempatan ini juga, sy ingin mengucapkan terima kasih kpd plajar ptpl yg hadir pd konsert lepas. maafkan sy kerana xdpt hadir.

mggu ni, insyaallah sy akan dtg. esok, kiter bole berjumpe di PAS.

satu komen tuk pengerusi are, pergi tak kembali adalah nyanyian Rabbani.

p/s sy nak gambar sy. terutama yg dgn fida yer..tq..huhu

Comment by rakan farhan ahmad shah

Thanx Shah, perlu kot puji aku lebih². Hal la kawan². Anyway, sorry aku silap Rabbani dengan Raihan, maybe aku ngantuk sangat time tu.

Comment by rakanfarhan

Farhan tersingkir untuk minggu ini.
Macam tidak percaya.Peformance yang baik.
Tapi,tidak mengapa..
Farhan masih ada ruang.
Bertanding untuk 2 kerusi ke Final
tetapi ini memang dah saat-saat terakhir.
Saya pun ada promote farhan dalam blog saya.
Kepada semua peminat Farhan.COPY jer post dalam
blog saya.http://gadisgombak.blogspot.com dan PASTE KE BLOG ANDA
Sama-sama kita berusaha untuk
memastikan farhan mempunyai tempat ke peringkat akhir.

Masih ada ruang untuk Farhan yang minta jangan give up.InsyaALLAH.Kepada ahli group Farhan.
Berusaha untuk mendapat 50% dari juri.
50% lagi tak yah risau.Nanti,kami sms.

Sama-sama lah kita berdoa.Amin.

Comment by Raja Z

Thanx Zarith for the continuos support….. Sebenarnya ada udang di sebalik batu pasal penyingkiran Farhan dan In-Heart, so nantikan post saya yang terbaru nanti…..

Comment by rakanfarhan

insyaallah..dgn berkat usaha, doa & tawakal dr kiter semua..diharap farhan dpt ke final dan sterusnye memenangi akademi nasyid musim pertama ini. amin.

Comment by rakan farhan ahmad shah

Salam semua rasa terharu dengan sokongan korang…Insya allah kami akan memberikan yang terbaik. Pada kami barang yang lepas jangan dikenang, jika dikenang merana diri. Farhan dan rakan2 (anda semua yang kami sayangi) akan sentiasa berjalan ke hadapan!! Allahu Akbar!!!

Comment by FaizalFarhan




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: