Rakan Farhan – A Fan Club


Inspirasi
August 1, 2008, 3:32 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

<Inspirasi>

<Sabtu, 26 Julai 2008, sekitar 1.30 – 2.00 petang>

Hari ni aku tak dapat tengok Carta Nasyid sebab adik aku conquer TV tengok berita sukan dari satu channel ke channel² yang lain. Rimas plak aku tengok pe’el adik aku tukar² channel TV. Aduh, melepas janjitemu aku dengan hos Carta Nasyid yang baru, siapa lagi kalau tidak lain dan tidak bukan Cik Rafidah Ibrahim a.k.a. Fida si Gadis Pantene yang chomey lote and cun melecun tu, huhu. Hey, we even share the same father’s name!!! Kalau tak silap aku, hari ni guest untuk Carta Nasyid ialah Shah, peserta yang tersingkir daripada Akademi Nasyid pada minggu lepas. Penyingkiran beliau menimbulkan 1001 macam reaksi daripada peminat² Akademi Nasyid, ada yang suka, ada yang marah, ada yang tak kisah, etc. Kalau nak bercakap pasal perasaan orang ni, susah la kan? Yalah, takde siapa yang dapat puaskan hati semua orang lain. Apapun, semua ni dapat dilihat di ruangan komen di laman web TV9. Bagi aku, Shah OK tapi mungkin imej yang cuba dibawa Shah tu yang aku tak berapa nak suka, ala² Mawi plak. Lagu² yang pernah dibawa Shah pun majoritinya ada kaitan dengan Mawi, apatah lagi bila Shah pernah membawa lagu M. Nasir as well. But again, no hard feelings guys, it’s just my 2 cents. I saw Shah as a Mawi wannabe and truthfully, I don’t like Mawi, so sorry guys.

Tepat jam 1.30 petang, aku terus tukar channel TV ke TV9. Adik aku angin, terus masuk bilik sebab dia tahu, untuk Akademi Nasyid, aku takleh nak berkompromi dengan siapa² sebab dah jadi semacam tanggungjawab aku untuk cover hal² semasa dalam Akademi Nasyid. Mungkin juga aku terlalu beriya² sebagai seorang pengerusi tidak rasmi Rakan Farhan but that’s just me, aku kalau dah dipertanggungjawabkan or kalau dah suka kerja aku, aku akan jadi terlalu beriya². Tak salah kan? Minggu ni Galeri Akademi Nasyid bersiaran dari padang futsal yang aku tak pasti kat mana. Hampir kesemua peserta Akademi Nasyid turun padang disertai beberapa orang penasyid daripada kumpulan² nasyid yang terkenal seperti UNIC, Nowseeheart, dan ramai lagi. Krew² TV9 pun join gak main futsal. Ahli² kumpulan Sofieya pun turut sama main futsal, seraya menubuhkan team Kacip Fatimah. Kacip Fatimah??? Kacip Fatimah pun Kacip Fatimah la!!! Janji tendang bola!!! Hafiz dalam blognya ada menggembar-gemburkan tentang gol yang dibuatnya tapi takde pun tayang kat TV? Mungkin tendangan Hafiz tu hebat sangat ala² Shaolin Soccer so krew² penerbitan TV9 dah edit and cut shot Hafiz tu kot? Heh.

Untuk minggu ni Farhan dapat cover story lagi dalam galeri. Kali ni mengenai gimik persembahan untuk konsert ke-6 malam nanti. Ahli² Farhan kali ni berlatih kaw² mempelajari dan menguasai tarian Zapin sebagai sebahagian persembahan pada malam ni. Semasa sesi latihan, mereka mendendangkan lagu Alhamdulillah nyanyian Raihan so adakah ini bermaksud mereka akan menyanyikan lagu tersebut yang mana ia telahpun didendangkan sebelum ini pada konsert ke-5 oleh kumpulan D’Vision? Yes, again, good job with the kompang performance D’vision!!! It was very excellent!!! And Abang Faizal, rilek aaa, tak semua orang Johor pun master tarian Zapin, hehe.

Sampai sini dulu la eh? Aku minta maaf sebab lambat post entry dan kurang isi menulis sebab aku amat² sibuk sejak kebelakangan ni dengan kerja² luar. Dealova 2 dah nak bukak so I’m bound to some administration work dengan Samba and Kobau. Jumpa lagi malam nanti di konsert Akademi Nasyid di Plaza Alam Sentral.


4 Comments so far
Leave a comment

minta maaf
tersilap eja spot
tak tahu silapnya dekat
mana
saya post comment
da de link website tu
minta maaf

Comment by zarith

Takpe…..takde masalah. Oh ya, kalau nak ikut kitaorang,leh je. Tak kisah la konsert mingguan or final nanti. Ada YM? Ke FS? Senang sket nak message².

Comment by rakanfarhan

Salam are..wah makin mantap penulisan skang? Ada identiti la bro..keep it up!!! Hohoho tentang tarian zapin tue memang ngaku je lah saya nie kayu…badan keras kejung memang apa2 tarian pun x reti hahahah. Cuma sebab anak jati johor malu lah gak Abang Adi n Nua boleh buat lagi baik…kalo compare ngan saya je lah…kalo derang menari kat johor camtue mau murka Sultan kami hehehe. No offence ya..Nua & Abang Adi

Comment by FaizalFarhan

Ala, rilek aaa Bang Faizal, apa plak kayu²? Yang keras leh je dilembutkan, kan? Kerak nasi pun leh lembut….. Kalau Sultan Johor tau abang camni punya hebat di Akademi Nasyid, mesti baginda rasa bangga dengan anak jati Johor ni!!! Apa lagi??? Ke final la kita nanti!!! InsyaAllah…..

Comment by rakanfarhan




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: