Rakan Farhan – A Fan Club


Kontemporari
July 22, 2008, 11:39 pm
Filed under: Music | Tags: , ,

<Kontemporari>

<Sabtu, 19 Julai 2008, sekitar 1.00 – 2.00 pagi>

Aku kalau tak dapat masuk tidur awal mesti layan dulu Latido kat TV9, tengok videoklip lagu yang selalunya diorang mainkan majoriti terdiri daripada artis² tempatan. Bagus gak la camtu, jarang dapat tengok videokilp lagu artis² Malaysia kat TV sekarang, semua nak tayang lagu Barat je. Bagi aku, videoklip or music video artis² Malaysia sekarang dah banyak improve dari zaman² dulu. Asalkan kreatif and IT savvy, mesti dapat buat produk terbaik, tak semestinya nak rely fully pada duit produksi buat videoklip ni (walaupun kebanyakkannya hasil kerja tangan produksi Indonesia). Tak kisah la, asalkan tak pakai videocam je buat music video, kalau camtu, boleh balik zaman 80’an la!!!

Tapi aku tak sure la malam kenapa dia rerun tayang Akademi Nasyid minggu ke-4 lepas. OK gak tu, boleh la aku tengok TV version sebab minggu lepas aku kat Plaza Alam Sentral, menonton secara live. Bagi aku ada beberapa masalah dengan aspek promosi rancangan Akademi Nasyid ni. Dalam banyak² channel TV under Media Prima, kita tak pernah tengok iklan Akademi Nasyid kat TV3, ntv7, or 8tv for that matter. Correct me if I’m wrong then tapi setakat ni tak lagi aku dapat tengok sikit cebisan iklan Akademi Nasyid selain di TV9. Apa salahnya selit seminit dua kat channel lain, just for the sake of awareness. Medium lain tak payah sembang la. Suratkhabar yang buat cover pun suratkhabar Metro Harian and Mingguan Metro. Bagi aku, tu taraf tabloid je, bukan major akhbar pun. So, kalau la objektif Akademi Nasyid nak mempopularkan irama nasyid di kalangan masyarakat hari ni, usaha tu nampak macam tak berapa nak berjaya. Tapi alhamdulillah, dari feedback yang aku tengok dari website TV9, Akademi Nasyid ni sambutannya agak memberangsangkan la. Tapi tak boleh nak cakap juga, takut kalau² feedback ni semua datangnya dari kenalan² dan saudara-mara je, orang² dari lingkungan sosial luaran tak dapat exposure. So, TV9, please do something on the marketing side.

<Sabtu, 19 Julai 2008, sekitar 1.00 – 2.00 petang>

Hari ni aku sempat tengok hujung² je Carta Nasyid, aku sibuk kemas rumah and prepare lunch sorang² sebab family aku takde kat rumah, semua balik rumah adik aku kat Shah Alam. Aku ingatkan salah channel sebab tak nampak muka Wardina sebagai hos, tapi orang lain ganti dia. Tak sure lagi permanent ke temporary. Guess who? Hos hari ni rupa²nya Fida. Fida who? Ala, Fida yang menang pertandingan Gadis Pantene kalau tak silap aku. Aduh, lawa gila kot dia ni, manis bertudung, muka ayu, putih, apa lagi? Cukup la semua package gadis Melayu yang sempurna. Tapi yang tak cukup tu maybe pengalaman mengacara rancangan live. Hehe. Guess who is the guest this week? Ha, siapa lagi kalau bukan Voice of Men yang tersingkir Sabtu lepas!!! Aku tak sure la kalau² TV9 dah integrate Akademi Nasyid dengan Carta Nasyid dengan cara meng‘expose’ sebahagian peserta² mereka yang tersingkir sebagai tetamu jemputan setiap minggu di rancangan Carta Nasyid. Whatever it is, Fida, if you read this, congratulations and good luck in your career at TV9. Nasib baik dia dah menang Pencarian Gadis Pantene tu, kalau tak, dia mesti nak join rancangan Gadis Melayu kat TV9.

Hari ni venue Galeri Akademi Nasyid bertempat kat paintball warfield yang kat mana aku pun tak sure. Syok gila!!! Mesti best dapat tembak ahli² Sofieya!!! Muahahahaha!!! Ala Cicik, tak sanggup tembak plak, jiwa lu tak cukup keras lagi!!! (gurau je aaa) Cover minggu ni menampilkan Farhan sekali lagi dengan Nazrey dari Raihan. Malam ni diorang nak bawa lagu Damba Cintamu nyanyian asal Raihan. Aku dengar cakap² Shah semalam, lagu ni agak mencabar sebab muzik iringan dia sikit je. So memang main vokal la kali ni. Kerana tu juga, Farhan berlatih azan dengan Ustaz Asri kaw² punya komitmen. Galeri minggu ni juga menayangkan tempat dan pekerjaan setiap ahli Farhan kecuali Abang Edi. Krew galeri pun buat shooting kat bawah je, kenapa tak naik atas masuk office? Nak kena tanya Abang Nuar and Abang Faizal ni. So, abang kalau terbaca ni, please leave comment OK? Takpe², kita tunggu je persembahan diorang malam ni. Selain Farhan, galeri kali ni cover Azhan yang berlatih dengan lagu yang peminat dia kirim, tak sure la permintaan or lagu yang khas ditulis untuk Azhan. Yang lain², aku tak berapa nak ingat. STML la….. (short-term memory loss).

Oh ya, malam ni sekali lagi aku tak dapat nak pergi Plaza Alam Sentral sebab ada komitmen kerja lain. Buat pengetahuan semua, Dealova 2, satu cawangan baru, akan dibuka dalam masa terdekat, insyaAllah di awal bulan 8 ni, so aku akan busy sikit sebab aku akan manage branch tu. Doakan yang terbaik buat kami warga kerja Dealova, OK? Kesian Shah…..

<Ahad, 20 Julai 2008, sekitar jam 2.00 – 4.00 pagi>

Selesai semua urusan hari ni, aku lepak terus kat Dealova sebab malas nak balik rumah, kat rumah takde orang, so kalau nak makan, aku malas nak prepare, hehe. Kat sini, mapley bawah tu je. Anytime boleh turun minum dan pekena apa yang patut. Lagipun, aku nak update weblog Rakan Farhan yang dah lama gila sangkut. Di kesempatan ni, aku nak minta maaf pada semua rakan² Farhan yang selalu singgah weblog ni tapi takde hasil. Maaf ya. Kadang² susah juga nak coordinate semua fakta ke dalam satu hasil penulisan, tapi aku rasa setakat ni, antara semua blog² peserta Akademi Nasyid, aku punya je kot yang paling panjang entry penulisannya. Takde la nak riak atau bangga dengan apa yang ada, aku pun hanya buat apa yang termampu dan hanya yang terbaik.

Aku ke laman web rasmi TV9 sebab nak tengok klip rakaman Akademi Nasyid episod ke-5, tapi tak upload lagi dalam pukul 2 lebih tu. So aku pun ke hulu ke hilir, selongkar setiap pelusuk website TV9 tu terutamanya yang berkaitan dengan Akademi Nasyid. Dah kantoi, info mengenai Farhan semuanya tak betul, all jumbled-up. Yang Abang Edi jadi Abang Nuar, yang Abang Nuar jadi Abang Edi. Aku pun tinggal la message kat chatbox tu, kot² moderator TV9 terbaca dan boleh ambil tindakan selanjutnya. Dalam masa yang sama aku baca juga message² yang orang lain hantar. Alhamdulillah, semuanya baik² dan positif² belaka, ada la juga yang lawak tahap gaban. Yang paling best, Farhan pun dapat feedback yang agak memberangsangkan. Bukan sahaja kat chatbox, aku pun tengok komen² yang orang tinggalkan kat kotak komen setiap episod Akademi Nasyid.

Lebih kurang pukul 4 pagi baru aku dapat view episod minggu ke-5 ni. Kira boleh tahan juga la moderator² site TV9 ni, tak sampai 12 jam lepas siaran langsung berakhir, dah upload ke site. Bagus²!!! Dengan cara camni, siapa² yang tak berpeluang menonton kat TV ataupun secara live (macam aku), boleh je lawat laman web untuk tengok rerun. Tapi biasalah, setiap perkara tu ada pros and cons, yakni kelebihan dan kekurangannya seperti mana ketetapan Allah SWT menjadikan sesuatu itu berpasangan. Ingat yin dan yang, lelaki dan perempuan, baik dan jahat, dan sebagainya. Antara yang baiknya macam aku la, dapat tengok mana² rancangan kesukaan tanpa ketinggalan satu episod pun, baik episod 2,3 minggu lepas. Kalau dulu, terlepas je satu episod, mula la dok tanya kawan² dan orang keliling. Kena plak kawan² yang bercerita tu jenis yang tak pandai nak atur cerita, dah tepuk dahi plak kita tak puas hati sebab tak dapat gambaran sebenar. Tapi sekarang ni apa yang takde dengan wujudnya Internet? MasyaAllah, macam² ada!!! Kalau tak puas tengok rerun, boleh je download kat mana² torrent site. Tapi tu dah cerita lain la, ada plak kaitannya dengan legal etiqque. On the other side, dengan adanya khidmat tayangan online ni, mungkin orang ramai dah tak gemar nak ke studio² rakaman rancangan atau dah malas nak menonton TV (menonton TV ni penting juga sebab rating). Jadi terpulanglah pada yang empunya badan, tepuk dahi tanya selera, tepuk kepala, peninglah kepala…..

Bercerita tentang Akademi Nasyid minggu ke-5 ni, seperti yang aku sangka, Shah (bukan Shah adik Abang Edi) akhirnya tersingkir. No offense to those Shah’s fan tapi minggu demi minggu, aku rasa Shah tak banyak bagi impak yang kuat kepada penonton² umum. Kepada peminat, of course kita bias, kita masih boleh terima serba sedikit kekurangan kumpulan atau individu yang kita sokong tapi not with the general viewers yang takde apa² kepentingan dengan kumpulan² atau individu² tertentu dalam Akademi Nasyid. Tapi mereka² inilah penyumbang terbesar kepada keberjayaan sesuatu kumpulan atau individu dalam mana² program realiti. Dan pada pandangan aku, Shah yang setiap minggu memberikan persembahan statik (takde improvement ketara dan song choice yang kurang tepat) tidak berjaya menarik minat penonton² Akademi Nasyid di seluruh Malaysia.

Farhan on the other hand was magnificient!!! (OK, kalau korang nak kata aku bias, maybe aku takleh nak terima sangat) It was way much better than last week’s performance yang aku rasa dah terbaik minggu lepas tapi tak sangka, untuk minggu ke-5 ni, dapat lagi kejutan yang sebegini rupa. Minggu ini, Farhan membawakan lagu Damba Cintamu dari Raihan, sekali lagi di bawah tunjukajar dan bimbingan Nazrey Raihan. Farhan memang pandai untuk tackle lagu² camni, yang perlahan, mendayu, dan memerlukan penghayatan lebih, dan alhamdulillah, Farhan berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan excellent. Para juri pun suka dengan deliverance Farhan so apa lagi yang boleh kita cakap kan?

Aku juga nak bawa perhatian kepada undian SMS rakan² Farhan sekalian. Seperti dalam entry² aku sebelum ni, aku dah terangkan takde apa yang dapat balas budi baik kalian yang ikhlas menyumbangkan undian melainkan keredhaan Allah SWT sebab kita menyokong usaha murni baik Farhan dan juga para peserta lain di dalam usaha mendidik jiwa generasi masa kini. 2 minggu sebelum ni, Farhan berjaya mengungguli kedudukan manakala untuk minggu ke-5 ni, Farhan menduduki tangga ke-2 di bawah saudara Azhan. Tapi tu semua adalah kedudukan berdasarkan undian SMS yang dimaklumkan di awal rancangan. The question is, how about the contestants’ position after the concert ends every week? Menurut satu sumber yang kurang dipercayai, Farhan sebagai contoh pada minggu lepas, Sabtu 12 Julai 2008, menduduki tempat pertama dalam undian SMS sebelum bermulanya konsert tetapi jatuh ke tempat ke-5 sebaik talian undian SMS ditutup. Aiman pula mengalami keadaan sebaliknya di mana menduduki antara tangga terbawah pada awalnya tetapi melonjak naik terus ke tempat kedua selepas persembahan semua peserta selesai. OK, ironinya di sini bagaimana kedudukan peserta terutamanya the one we are rooting for, Farhan, boleh berubah 360. Jawapannya mudah saja, psikologi. Kebanyakkan kita beranggapan apabila Farhan berada di tangga teratas di awal rancangan, maka kita tak perlu lagi nak mengundi. Jangan terpedaya!!! Kalau kita betul² nak sokong Farhan, jadi camni cadangan aku. Seeloknya pada hari konsert, kalau Farhan berada di kedudukan selesa, kita boleh tolong maintainkan kedudukan mereka dengan membuat beberapa undian sahaja. Tak perlu pulun habisan². Kalaulah secara puratanya seorang Rakan Farhan membuat 4 undian, itu pun sudah cukup pada hari berlangsungnya konsert. Tapi kalau Farhan berada di antara kedudukan terbawah, maka mana² Rakan Farhan yang merasakan bertanggungjawab mengubah keadaan itu bolehlah pulun undi besar² sambil bersabar menghantar undian anda satu demi satu (amat sayang kemudahan undian pukal SMS tidak dilaksanakan di Akademi Nasyid, mungkin untuk tidak menggalakkan budaya undi SMS yang dilihat membazir).

Di sini aku bercakap sebagai individu yang mengambil kira juga tahap ekonomi poket rakan² Farhan sekalian di samping membantu anda semua mengundi secara bijak dan realistik. Bagi penyokong² Farhan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap atau sumber kewangan yang stabil (seperti aku, hehe), sudah semestinya anda mempunyai had kewangan tertentu untuk digunakan sebagai peruntukkan undian SMS ni, jadi adalah penting untuk menentukan pattern undian anda semua. Disamping itu, peratusan penguasaan jumlah undian SMS di awal rancangan juga merupakan satu indicator yang cukup baik untuk kita menilai risiko dan peluang setiap peserta untuk minggu tersebut. Kalau beza tempat pertama dan kedua adalah besar, jadi tak perlulah kita struggle pulun untuk menetapkan kedudukan tetapi kita boleh membuat perkiraan matematik, penaakulan mantik, atau sekadar mengikut kata hati dalam membuat undian. Ini kerana selepas konsert berakhir, rekod undian SMS akan direset semula ke kosong untuk minggu seterusnya. Jadi kita tak mahu rakan² Farhan di luar sana menjadi mangsa keadaan dan manipulasi undi SMS ni. Undi tetap undi, tapi kita akan laksanakan tanggungjawab kita tu dengan cara yang bijak dan berhemah, dalam masa yang sama mesra poket rakyat tetapi impak ke atas kedudukan Farhan akan menjadi semakin mantap, insyaAllah.

Jadi, kalau ada kesempatan, saya akan terangkan kepada rakan² Farhan cara² untuk membuang undi anda semua. Saya tak dapat nak terangkan kat sini sebab nanti mekanisme saya tu akan diambilpakai oleh fanclub² peserta lain, naya kita nanti!!! Jadi saya menyeru kepada diri saya sendiri dan rakan² Farhan yang lain, kalau boleh, semarakkan sokongan anda setingkat tinggi lagi dengan menghadiri konsert mingguan di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sental seperti yang telah dimaklumkan di dalam entry sebelum ni. Kalau kita ramai² dapat berjumpa di sana, insyaAllah, saya akan terangkan bagaimana caranya kita dapat membantu Farhan supaya terus unggul di Akademi Nasyid seterusnya dapat menjuarai pertandingan ini. Amin Ya Rabbal Alamin.


6 Comments so far
Leave a comment

aku rase penulisan ko makin hari makin matang & memberangsangkan la kantin..truja jap aku bc ko nye coretan warkah ni..

Comment by ahmad shah

Teruja??? Cam lagu Ella tu ke Shah??? Alhamdulillah, aku buat apa yang termampu je.

Comment by rakanfarhan

pasal coverage tu kat hot fm rasanya penah kluar iklan. tapi lately macam tader plak. tv9 tak cukup budget kot. kalo kat channel lain rasanya memang tader

management tv9 tak berani nak invest kot. tapi secara logicnya…

more investment = more coverage = more return

tapi..ntahlah…just my 2 sen.

Comment by hirzani

Memang betul la apa yang kau cakap tu Hirzani, more investment = more coverage = more return tapi maybe TV9nya budget strict kot.

Comment by rakanfarhan

Memang dah lumrah orang kite
Meng”anak tiri”kan nasyid
dalam berkarya

Memang menganggap
nasyid sebagai kelas kedua

Padahal,mereka kena akui yang
satu ketika dulu
ketika jualan album
kurang memberangsangkan

Raihan melalui albumya
Puji-pujian(kalo tak silap)
mencatat jualan yang memberangsangkan

Kadang-kadang aku
duduk termenung memikirkan
hal ini

Suatu ketika dulu
Satu Jalan Tar
Pasang lagu Raihan

Tapi,aku bersyukur
wujudnya akademi nasyid
banyak bakat baru dapat di cungkil

Kepada Farhan dan rakan AN
yang lain
Selamat Berjuang
Aku doakan Nasyid Malaysia

Berkembang mekar kembali
Teringin jugak nak tengok
Lagu Nasyid dekat carta
Hot.fm dgn Era

Biar kite mula kan
evolusi nasyid kembali

Good Luck

Comment by zarith

betul tu zarith..hidup nasyid!!!

Comment by ahmad shah




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: