Rakan Farhan – A Fan Club


Pergerakkan Rakan Farhan Untuk Mendidik Jiwa
July 21, 2008, 6:45 pm
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan² Farhan sekalian. Mulai konsert ke-6 Sabtu ini, rakan² Farhan yang hendak hadir menonton bersama konsert Akademi Nasyid di studio Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral disaran agar menghubungi Rakan Farhan Are (saya) di talian 012-4647173 untuk penetapan tempat duduk supaya kita semua boleh duduk bersama beramai² di bahagian hadapan. Ini kerana pada beberapa minggu yang lepas, kami kekurangan penyokong dan ianya ketara apabila floor manager sendiri menegur supaya penyokong² Farhan dapat menambah lagi jumlah penyokong di masa akan datang. Kami juga sedar wujudnya rakan² Farhan yang lain di luar sana yang turut ingin serta bersama kami tetapi kerana kelemahan mekanisme fanclub ini sendiri (maafkan kami), perkara ini tidak tercapai.

Jadi untuk minggu² seterusnya bermula Sabtu ini, 26 Julai 2008, kami berharap agar dapat mengumpulkan seramai mungkin rakan² Farhan di luar sana baik yang dekat sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur ataupun yang jauh tidak kira di mana anda berada agar dapat turut sama memeriahkan Akademi Nasyid di samping menzahirkan sokongan anda semua kepada kumpulan kesayangan kita, Farhan.

Sekali lagi, anda boleh menetapkan janjitemu sebelum ke konsert dengan menghubungi saya di talian 012-4647173 atau email saya di azhar_ibrahim83@yahoo.com.my atau boleh saja tinggalkan komen anda di blogsite rasmi Rakan Farhan (fanclub), https://rakanfarhan.wordpress.com. Rakan² Farhan semua boleh juga menghubungi Shahrizal (adik kepada Abang Edi, salah seorang anggota Farhan) di talian 017-3298359. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kita boleh berjumpa dan berkumpul di hadapan studio Sri Pentas 2 sebaik²nya selepas solat Maghrib atau pada jam 8.00 malam supaya kita semua boleh duduk di bahagian depan studio.

Kami juga akan berusaha menambah banner dan signboard untuk dibekalkan kepada rakan² Farhan yang hadir sebagai tambahan kepada banner dan signboard yang sedia ada pada waktu sekarang. Tetapi, kalau anda ingin hadir dengan banner dan signboard anda sendiri, usaha anda itu amat kami alu²kan. Dalam masa yang sama, jangan lupa terus mengundi Farhan dengan menaip AN<jarak>FARHAN dan hantarkan SMS anda ke 33399. Segala bentuk sokongan anda amat kami hargai, terutamanya dari pihak ahli² Farhan sendiri. InsyaAllah, kami juga akan merealisasikan fanclub ini secara official dari segi legalized body dalam masa terdekat ini supaya di masa² akan datang, segala aktiviti bersama kumpulan Farhan dapat dijalankan secara sah dan teratur.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Azhar Ibrahim

(Pengerusi Rakan Farhan)


7 Comments so far
Leave a comment

are..caya la..mmg berpotensi utk jd fan club manager yg berjaya..

Comment by anwar_farhan

bagus are..aku harap dgn sgala usaha ni kiter dpt mengajak saudara-saudari di luar sane bersame2 memeriahkan akademi nasyid & memperjuangkan the true nasyid of farhan!!an farhan jgn dilupekan yer..

Comment by ahmad shah

layari http://nasyid2u.blogspot.com
Blog nasyid anda

Comment by HalfEast

layari nasyid2u.blogspot.com

Comment by HalfEast

Salam are…Terima kasih atas penat lelah dalam menjenamakan rakan farhan. Keep up the good work my BRO…Moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan melimpahkan rahmatnya kepada semua Are, Shah, Kobau, Acu dan lain2

Comment by Faizal Farhan

harap farhan ke final.
teringin jgk nak ke sane
tapi tak de transport
tak pe la farhan
good luck

buat yang terbaik
walaupun tak pergi
sms tetap di hantar

Comment by zarith

Zarith, link awak tu memang awak saja wat blogpsot ke? Sebab link tu akan bawak ke site mana² ntah. Kalau awak tak kisah, leh la betulkan link tu. Cam tak sesuai plak elok² site nasyid tiba² klik link awak tu terus ke site Bible.

Comment by rakanfarhan




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: