Rakan Farhan – A Fan Club


Satu Kebangkitan
July 20, 2008, 12:52 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah sangat lama aku tinggalkan weblog Rakan Farhan ni, aku rasa amat² bersalah pada pengunjung² especially rakan² Farhan sekalian. Alhamdulillah, jumlah hits yang tertera di sebelah laman blog ni pun menunjukkan satu angka yang amat membanggakan aku dan juga rakan kerja Rakan Farhan yang lain kerana kami ni taklah signifikan mana jika dibandingkan dengan laman² blog peserta Akademi Nasyid yang lain.

Alhamdulillah sekali lagi, setinggi² syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya juga aku berjaya bangkit dan sembuh sepenuhnya daripada demam panas selama seminggu yang lepas. Sepanjang tempoh selepas sembuh tu juga aku sibuk catch up dengan komitmen² lain di rumah dan juga di tempat kerja jadi di dalam kekalutan duniawi tu aku tak sempat nak update blog ni secepat yang mungkin, jadi kepada semua rakan² Farhan yang sentiasa ke sini tapi tiada hasil, maafkanlah diri yang serba kekhilafan ni. Bukan apa, nak jadi cerita, demam aku berjangkit ke adik aku dan juga mak aku, so aku pula yang kena jaga mak dan adik aku serta menguruskan rumah. Memang tak dapat la nak lepak² depan PC memerah memori² untuk diwartakan di blog ni.

<Satu Kebangkitan>

<Sabtu, 5 Julai 2008>

<Konsert ketiga Akademi Nasyid>

Bercakap tentang kebangkitan, alhamdulillah, berkat sokongan rakan² Farhan seantero Malaysia, kumpulan Farhan berjaya mendahului carta undian Akademi Nasyid di minggu ketiga dengan peratusan undi SMS sebanyak 31%*. Pada minggu sebelumnya, Farhan diumumkan sebagai antara 3 kumpulan yang mempunyai markah terendah, as well as undian SMS, yang mana menyaksikan kumpulan Sofiya sebagai peserta pertama disingkirkan dari Akademi Nasyid. (Sofiya tersingkir? Sedih gak la sebab aku macam minat kat kumpulan ni, heh) Untuk konsert ketiga, aku kat rumah tengok TV je sebab tak dapat pergi Shah Alam, demam lagi masa tu. Alhamdulillah, wake up call untuk semua rakan² Farhan berjaya disahut dengan laungan berbentuk undian SMS yang sangat lantang, membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dari antara 3 tercorot ke pendahulu kedudukan. Pada minggu ketiga ini, Farhan membawakan lagu Terlalu Istimewa yang dipopularkan oleh Adibah Noor. Sebagai kelainan, Farhan kali ni tampil dengan props seperti anak patung bear yang dipeluk oleh Abang Faizal manakala Abang Edi plak pegang frame gambar (aku rasa gambar anak dia).

Aku rasa sekali sekala tampil camni pun OK gak, yelah, kalau asyik statik or tipikal je atas pentas tu berminggu² pun penonton akan cakap tiada kelainan, boring, etc. Dari segi vokal plak aku rasa masalah sama dari minggu² sebelumnya ialah suara diorang terlalu kuat, especially suara Abang Nuar bila semua menyanyi bersama (or muzik iringan yang terlalu perlahan?). And the most certain slack was on the ending part, aku pun dah tak ingat apa slacknya tapi saudara Farihin pun sependapat dengan aku (dah ala² Farihin dah aku ni). But again, it wasn’t me who did the singing, of course bila kau dah ada atas stage, environment lain, so Farhan lebih mengerti kalau nak dibandingkan dengan aku ni (karaoke pun fail).

Jadi berlalulah satu lagi konsert untuk Farhan dan peserta² lain kecuali Zuriana yang menyusul keluar dari Akademi Nasyid sepertimana kumpulan Sofiya seminggu sebelumnya. Ermm, maknanya dah 2 minggu berturut² peserta perempuan digugurkan dari akademi.

*perlu diingatkan bahawa selain undi SMS, markah sebenar setiap peserta turut disumbangkan dengan 50% markah dari para juri profesional.

Untuk konsert kali ni, ahli penyokong kumpulan Farhan yang hadir adalah tidak lain tidak bukan orang kuat Dealova sendiri, saudara Salihean a.k.a. Kobau diringi oleh saudara Shah seperti biasa, juga isteri Abang Edi (kakak ipar Shah) dan rakan² Farhan yang lain terutamanya saudara Epul atau lebih dikenali sebagai Abang Shai yang sentiasa maintain macho lagi hensem bergaya.

P/S: Dengar katanya Samba dan Joe pun datang tapi takde pun gambar korang???


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: