Rakan Farhan – A Fan Club


Istiqamah
July 20, 2008, 1:16 am
Filed under: Music | Tags: , ,

<Istiqamah>

<Sabtu, 12 Julai 2008>

Malam tadi sampai ke pukul 5.00 pagi aku hang out dengan Samba, Kobau, Mundzir, dan Joe. Mula² lepak kat Dealova je, pastu turun minum around pukul 1 lebih, pastu nak hala ke area Jalan Ampang plak hisap shisha kat restoran arab, pastu boleh plak singgah kat tepi Jalan Ampang makan stimbot. Aduh, macam² agenda, macam² program. Tapi takdelah plak kitaorang lepak² camtu membuang masa. Time² camni la kitaorang boleh discuss segala 1001 perkara, dari hal hati ke hati (hal gadis) sampai la ke hal² bisnes dan hal² kerja. Aha, tak lupa juga hal² aktiviti Rakan Farhan!!! Untuk konsert minggu ni, rakan² Farhan yang lain tak dapat nak hadirkan diri sebab ada komitmen kerja yang lain. Nampak gayanya, aku je la kot yang pergi kali ni dengan Shah. Dah sampai rumah pagi tu, aku tunggu sampai waktu Subuh masuk, solat, pastu apa lagi, tidur sudah!!! Penat gila kot!!!

Aku bangun menjelang tengahari tatkala rumah aku tengah riuh dengan pe’el adik bongsu aku yang masih kurang sihat sebab berjangkit demam daripada aku. Aku basuh muka, makan sarapan, pastu cam biasa, baca suratkhabar. Aku sebenarnya tengah menunggu pukul 1.30 petang sebab nak tengok Galeri Akademi Nasyid, tapi adik aku tu plak boleh layan TV3 ke 8TV. Aduh, kacau!!! Tunggu punya tunggu, aku terlepas Carta Nasyid. Takpelah, tak kisah, asalkan aku dapat tengok Galeri Akademi Nasyid.

Galeri minggu ni cerita pasal 2 orang Pahang, Cicik dan Shah (actually Shah bukan la orang Pahang, dia asal Kelantan tapi bekerja di Pahang). Tak best sangat pun intipati galeri minggu ni. Tapi mak aku komen Cicik leh tak tau mak dia umur berapa, hasil². Apa daa Cicik….. (Cicik, kalau kau nak tau siapa yang jerit “Steady la Cicik!!!” masa konsert kedua lepas, hah, aku la!!) Lepas habis rancangan, aku repair kipas² Farhan yang aku buat sebab ada yang dah nak tertanggal kertasnya. Yelah, 2 minggu lepas, habis kipas aku dibantainya dek kawan² yang follow ke konsert jadi kipas penyejuk badan. Hasil²….. Lepas dah gam bahagian² yang patut, aku rehat sambil baring² jap tunggu Asar. Masuk waktu Asar, aku mandi² and siap², solat, then tunggu Shah datang ambil aku kat Wangsa Maju. Rasanya kali ni mungkin bertolak lambat sikit sebab Shah ada kursus kat tempat kerja dia, so nak tak nak aku kena tunggu gak la.

Telahan aku tepat, disebabkan komitmen kerja Shah, kitaorang bertolak dari Wangsa Maju pukul 7.00 malam. Tu tak masuk lagi nak redah jam kat Jalan Genting Klang, berhenti isi minyak, etc. so maybe lambat aaa sampai Studio 2 Plaza Alam Sentral tu, confirm tak dapat nak duduk depan. Tapi kalau dapat duduk depan pun cam tak bersemangat je sebab aku dan Shah je yang dapat datang. Yang lain semua sibuk dan ada komitmen lain. Shah pun tak kisah, kata Shah, kalau aku pun tak jadi datang malam ni, dia pun tak pergi. Tapi alhamdulillah, tepat pukul 8.37 pm, kitaorang dah sampai ke studio.

Masa tu D’Vision dah start menyanyi dah. Sempoi. Aku dan Shah hala ke seat bahagian belakang, tak ramai plak yang datang kali ni. Memang ketara kalau nak dibandingkan dengan kehadiran aku 2 kali yang terdahulu. Mungkin sebab kos petrol dah tinggi, tu yang semua pakat tengok kat TV je kot? Entahlah. Later on, kawan Shah, Zaidi dari UiTM Shah Alam join kitaorang tengok sekali konsert pada malam tersebut.

Alhamdulillah, sekali lagi Farhan berjaya mengekalkan kedudukan no.1 di awal rancangan malam tu dengan 25% jumlah keseluruhan undian SMS. Selalunya macam² benda leh jadi di akhir rancangan, tapi aku percaya, kalau di awal rancangan dah di tempat pertama, insyaAllah, kebarangkalian nak tersingkir tu rendah sangat. Sebagai wakil bagi pihak Farhan, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi² Farhan di Akademi Nasyid. Memang kita tiada peruntukkan khas untuk rancangan ni, cuma apa yang kita boleh harap ialah keikhlasan dari sokongan yang rakan² Farhan hulurkan untuk kumpulan ni.

Farhan muncul membuat persembahan sebagai peserta ke-6 kalau tak silap aku malam tu, membawakan lagu bertajuk Hijrah nyanyian kumpulan Nowseeheart. First 2 part (Abang Faizal dan Abang Nuar) OK tapi Abang Edi cam offkey je tang satu part tu? Aku tak tau la apa specific termnya sebab aku tak tau apa² pasal teknikal nyanyian ni tapi ada la something wrong somewhere. But the most important thing was the performance by far the best, undeniably excellent, and full of emotion. Cayalah Farhan!!! Serious, aku punya bulu roma naik menegak dengar nyanyian diorang especially kat bahagian hujung² yang ada unsur² menaikkan semangat tu. Pergh!!! Memang terbaik!!! Biarlah kitaorang datang bertiga je, duduk kat bahagian belakang tanpa sebarang banner or what-so-ever, tapi inilah apa yang aku ungkapkan sebagai satu pengalaman terbaik di Studio 2 Plaza Alam Sentral, on a live show!!! Rasa rugi plak yang lain² tak dapat datang menghangatkan lagi suasana dengan sorakan² sebagaimana yang kitaorang buat on first 2 concerts. Kalau duduk depan, memang aku bangun and salute Farhan for their great performance this week.

Apart from In-heart’s gimmick dengan budak² kecik chomey lote dalam performance diorang, yang lain² memang dijangkakan. I’m not saying it weren’t good though. After the show, kitaorang menghala ke depan stage untuk tangkap gambar Farhan, dalam masa yang sama nak tangkap gambar ahli² kumpulan Sofiya. Hahahahahaha!!! Orang cakap, sambil menyelam minum air, heh. Oh ya, ahli² Sofieya datang malam tu sebagai penonton as well as supporter untuk Akademi Nasyid ni. Lepas beberapa quick, candid snapshots (tak dapat pun gambar Sofieya), kitaorang tunggu Farhan kat luar studio cam biasa untuk sesi bergambar dan diskusi.

Ahli² kumpulan Farhan berterima kasih kat kitaorang sebab datang bagi sokongan walaupun bertiga. Aku plak ambil kesempatan ni untuk memuji persembahan diorang tadi. For the first time, everything was synchronized – suara tak overpower music, vocal arrangement terbaik, song choice lagi la terbaik, pendek kata malam ni memang terbaik. Memang la terbaik tapi tak la perfect kan? Not everything is perfect. Kang kalau aku lobi Farhan kaw², korang cakap aku bias dan kaki ampu plak. Sebagai bukti aku tak bias, aku menjerit agak terkilan dan terkejut bilamana kumpulan Voice of Men diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir keluar dari akademi. Macam ni teori aku. Markah yang para juri bagi untuk kumpulan macam Farhan, Voice of Men, dan D’Vision lebih kurang sama je. Sebabnya kumpulan² ni bagi aku, adalah yang paling menonjol dari segi mutu persembahan dan nyanyian secara overall. So, bila Voice of Men keluar, mesti ada something wrong dengan mekanisme undian SMS dari penonton dan peminat. Kesian gak tengok diorang, yalah, penyokong yang datang malam tu dengar²nya 2 bas student² UTM, tak masuk lagi ahli² keluarga diorang dan penyokong² lain. Pun still boleh terkeluar. Aku macam nak pergi je jumpa diorang dan cakap, “Korang memang best tapi mungkin bukan rezeki korang” dalam nada yang separa kagum dan terkejut. Tapi aku tak boleh nak pergi dekat diorang sebab krew Galeri Akademi Nasyid sibuk menemuramah diorang untuk dijadikan bahan rancangan galeri Sabtu depan.

Memang terbaik gimik and prop diorang. Chomey nye dak² tu!!!

Memang terbaik gimik and prop diorang. Chomey nye dak² tu!!!

Sayang korang kuar, aku letak high expectation gak untuk group ni.

Sayang korang kuar, aku letak high expectation gak untuk group ni.

Zaidi gerek sih!!!

Zaidi gerek sih!!!

Aha, salah satu sebab lagi malam ni malam terbaik ialah aku dapat bergambar dengan ahli² Sofieya!!! Berkat usaha Abang Nuar yang berpeluh², dapat juga aku bergambar dengan admire aku. Sampai basah² baju Abang Nuar mandi peluh malam tu, tapi kalau sebab tolong carikan Sofieya, aku tak tau nak cakap apa. Terima kasih la banyak² abang² sekalian. Sebenarnya ada je berita panas lagi sensasi kat sini tapi aku tak nak la ambil risiko cerita kat korang, tak pasal² kena saman nanti ngan orang, tak tau sahih ke tak. Terima kasih juga pada ahli² Sofieya yang sudi tangkap gambar dengan peminat² anda yang tak seberapa ni. Sayang la korang keluar awal sebab aku suka sangat² lagu dari konsert sulung yang korang persembahkan tu.

Yang mana satu, pilihan kalbu?

Yang mana satu, pilihan kalbu?

Thanks and congratulations again Abang Faizal, Nuar, dan Edi!!! Long live Farhan!!!

On the way balik malam ni, aku dan Shah pasang cita² nak contribute lagu untuk second single Farhan. Lagu tu dah ada. Cuma tengah modify music arrangement pastu rakam dalam studio. Hebat plak aku dan Shah ni tiba²!!! Hahahahaha!!! Kalau rakan² Farhan yang lain tak tau, Farhan ada terbitkan single nasyid berjudul Ya Rasulullah yang mana korang boleh perdengarkan melalui laman blog rasmi Farhan, http://www.halamanfarhan.blogspot.com. So Farhan, amacam? Ada beran second single?

P/S: Teringat zaman² sekolah menengah dulu aku bernasyid dengan Shah dan kawan² SDARians yang lain. Hebat gak kita masa tu kan? Revolusi tu….. Shout-out to Hafizudin (vokalis) yang baru je bernikah, congratulations. Semoga bahagia, kekal ke anak cucu, insyaAllah.


10 Comments so far
Leave a comment

sedikit trivia ..
just nk cite sket pasal Hafizudin vokalis group nasyid kt SDAR dulu tu …
abg si Hafiz tu name die Haron .. and Haron ni dulu salah seorg vokalis utk kumpulan willdone, nama asal bg asal usul kumpulan Farhan .. even Hafiz pon pernah backup Willdone dlm satu show di MMU satu masa dulu ..

Comment by BangLong

La, ni dah kes betul² kecik dunia ni!!! Tak tau plak abang Hafizudin tu ada terlibat dengan Farhan. Aku plak tetiba jadi moderator Farhan. Aduh, adakah ini satu takdir yang murni?

Comment by Rakan Farhan Are

insyaAllah ….. Satu Perjuangan!

Comment by BangLong

Assalamualaikum…..
Tahniah FARHAN, teruskan perjuangan anda.. Jeb dulu pernah menjadi bekas ahli Kumpulan Willdone di MMU…maaflah ye sebab loss contact!Chip, Harun, Kerul, Jeb dan sorang lagi Hairi ko pernah menganggotai kumpulan Willdone di MMU.. Bertemu kembali kite!kepada Faizal, masih kenal B’najib lagi ke mase kite pernah praktis lagu kumpulan Brothers (UntukMu Teman)..semoga Faizal berjaya dgn rakan2 FARHAN k..w’salam

Comment by JEB MMU

Jeb ingin ambil kesempatan utk menjemput ke majlis perkahwinan Jeb di Johor Bahru….Diharap rakan2 dan sahabat Jeb dapt dtg pada AHAD 17/08/08 Ogos di Dewan Bandar baru UDA Tampoi JB..contact jeb di 013-6366762
wassalam

Comment by JEB MMU

alhamdulillah..diharap dgn adenye blog n akademi nasyid ni dpt menyatukan kembali byk silaturahim yg tputus..
hafizudin dulu adelah vokalis nasyid tbaik di SDAR..

Comment by ahmad shah

buat 1st timenyer aku diberi peluang unttuk tgk kumpulan nasyid…cz aku pon bukannyer minat sgt dgr lagu2 nasyid ni..tp ble aku tgk kumpulan farhan mse kat sri pentas 2 kat plaza alam sentral aritu selepas diajak shah…cam blh gak la tgk..sje2…darpada aku duk lepak je gan kwn2 aku…tp ble aku smpi kat sne and dengar muzik modern nasyid skg..persepsi aku terhadap nasyid da start gak la berubah..ni la kut yg dieorg selalu ckp nasyid kontemporari…xkisah la..tp lagu yg farhan nyanyi aritu cam best gak …so aku ase potensi kumpulan ni cerah in the fture..good luck to u guys…assalammualaikum..AN FARHAN

Comment by eddie

alhamdulillah zaidi..diharap smakin ramai rakyat m’sia yg akan mengikut jejak langkah ko utk at least mghayati ape yg dipanggil nasyid ni..
bg aku nasyid ni tuk sume muslim & muslimah di luar sane..

Comment by ahmad shah

Salam semua..wah ramainya yang berkampung kat sini…Abang Najeb, salah sorang ahli Willdone yang saya kagumi. Pernah naik pentas bersama untuk satu show kat Seri Negeri..Vocal memang umphhh!! Nanti ajar kami lenggok melayu asli ya…boleh kan? hehehe. Are dan Shah bila nak bagi kami dengar lagu korang? Wat ala2 IL DIVO eh? hehehe

Comment by Faizal Farhan

insyaallah bang faizal..tp lagu tu br siap dlm 70% jer..sbb xde mase lg nak lepak skali dgn are nak discuss psl lagu tu..
kalo sumenye da ok, insyaallah xde masalah. tp diharap dpt dimasukan dlm album farhan nnt yer..

Comment by rakan farhan ahmad shah




Leave a reply to Rakan Farhan Are Cancel reply