Rakan Farhan – A Fan Club


Second Coming
July 1, 2008, 8:54 pm
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

<Second Coming>

<26 Jun 2008, sekitar 8.00 pm – 11.00pm, Dealova CC Desa Pandan>

Hari ni aku masuk kerja lambat sebab hujan lebat malam ni. Patutnya pukul 8 malam tadi lagi aku dah ada kat Dealova tapi aku bertolak lambat dalam pukul 8.30, sampai kat Jelatek, hujan lebat balik. Sebelum aku kuyup, basah lencun, aku ambil keputusan berhenti kat taxi stand depan Maybank, bangunan Perkeso, Jalan Ampang tu. Tersadai sejam lebih jugak la aku kat sana. Sementara tersadai tu, Shah ada call aku bertanyakan aku kat mana. Oh ye, malam ni aku dah janji nak jumpa Shah dan manager Farhan. Mulanya janji nak jumpa pukul 9.00 malam kat Dealova tapi Shah pun akan lambat sikit jumpa aku, mungkin dalam pukul 10 nanti. Jam aku sekarang dah pukul 9.45? Errmm, hujan pun cam dah slow sikit, takpelah, aku redah je la.

Pukul 10.00 tepat aku dah ada kat Dealova. Aku perasan Shah pun baru sampai. Aku nak kedai dulu, settle down and cuba keringkan seluar aku yang agak kuyup. Nasib baik aku pakai jaket hujan, kalau tak lembab juga baju aku macam ni punya gaya redah hujan. Shah call aku lagi, ajak lepak kat mapley Hameedia. La, mana boleh, sekarang time aku kerja kot. Aku suruh Shah naik atas lepak dia minum² dengan kawan abang dia tu.

Dalam aku tertunggu² kehadiran diaorang, aku cam cuak gak la. Tak tahu nak expect apa², for better or for worse. Yelah, kot² la kalau Farhan tak puas hati dengan apa yang aku tulis ke selama ni, so maybe manager diaorang nak sound aku apa². Dalam masa yang sama, aku pun macam tak sabar nak pergi second concert Sabtu ni. Yelah, mini banner aku pun dah siap 90%, by hari Sabtu tu dah boleh aku tayang kat TV finished product aku, made by hand, 100% dari aku sebagai tanda sokongan aku kepada Farhan (ok², not actually 100%, mak and adik aku Natrah pun tolong sekali, heh). Aku pun dengar² dari Shah semalam or kelmarin yang Farhan akan bawa lagu Raihan, Iman Mutiara. Wah, dah cam orang penting plak aku, dapat early information, leaked from one and only important source of Rakan Farhan, siapa lagi kalau bukan tak lain, tak bukan, kawan aku, Shah. Apapun, information sebegini bagus juga kalau dikongsi bersama dengan rakan-rakan Farhan yang lain.

Dalam pukul 10.45 malam, Shah pun tiba di Dealova bersama² manager Farhan. Cuak juga aku sekarang, muka serious je abang tu. Kitaorang pun bersalaman dan berkenalan. Sebelum ni kitaorang dah pernah jumpa pada konsert yang lepas tapi tak dapat lagi berkenalan. Untuk pengetahuan semua rakan Farhan, manager Farhan ni nama panggilannya Abang Chip, orang yang bertanggungjawab menubuhkan Farhan in ihe first place, tapi atas² sebab tertentu, tak dapat pula menyertai ahli² lain untuk Akademi Nasyid. So, sebagai contribution untuk Farhan, Abang Chip bertanggungjawab menguruskan hal² dalaman dan urusan belakang tabir untuk kumpulan tersebut.

Pertemuan pada malam ni membawa kami ke beberapa isu penting terutamanya berkenaan isi blog Rakan Farhan dan future issues yang perlu diketengahkan sebagai highlights untuk kumpulan Farhan. Alhamdulillah, buat setakat ni, hasil penulisan aku dalam blog Rakan Farhan masih belum melangkaui batas² sensitiviti yang berkaitan dengan individu² Farhan. Kami juga sempat bertukar² buah fikiran mengenai senario pertandingan Akademi Nasyid terutamanya yang membabitkan kumpulan Farhan. Sedikit sebanyak diakui, buat masa ni, sokongan yang diperlukan untuk Farhan dari rakan² Farhan yang lain masih belum mencukupi. Sehubungan dengan itu, Halaman Farhan, weblog rasmi kumpuan Farhan (http://halamanfarhan.blogspot.com) , akan meletakkan weblog Rakan Farhan sebagai salah satu pautan utama dalam laman mereka. Terima kasih. Aku amat bersetuju dengan cadangan tersebut kerana dengan cara ni, peminat² Farhan yang mengenali Farhan melalui weblog rasmi mereka boleh peroleh maklumat dari sekurang²nya dua sumber yang berorientasikan perspektif berbeza.

Kami juga telah melakukan review kepada isi kandungan dan susun atur weblog ni, selain melihat kepada kandungan² video dan komen² peminat dan masyarakat umum di laman web YouTube. Antara perancangan lain adalah mewujudkan Rakan Farhan TV (RFtv) sebagai medium tambahan kepada material bertulis sedia ada dan melaksanakan promosi melalui pembuatan baju-t Rakan Farhan dan lain² lagi seumpamanya. Jadi kepada rakan² Farhan yang boleh membantu baik dari segi logistik dan kewangan, kehadiran anda amat²lah kami nantikan. Tampillah ke hadapan dan bersama² memajukan Rakan Farhan, dalam masa yang sama anda juga membantu Farhan merealisasikan impian mereka.

Oh ya, sebelum aku berundur, aku rasa minggu ni Farhan akan dapat memberikan impak yang lebih kuat dengan lagu Raihan, Iman Mutiara, insyaAllah. Yelah, lagu Iman Mutiara ni, macam yang aku pernah khabarkan dalam post aku sebelum ni, adalah antara lagu favourite masyarakat Malaysia khususnya budak² kecil dan remaja² ketika lagu ni sedang meletup naik. Aku pun pernah tengok orang² bukan Islam turut menyanyi sama lagu ni dalam bas SKS dari Seremban ke K.L. Bagi aku, lagu Iman Mutiara ni cam lagu nasyid legend yang evergreen, ada kekuatan tersendiri. So, Farhan, all the best and good luck!!! We are waiting for your version of Iman Mutiara!!!

P/S: Aku minta maaf kalau ada post² yang aku lambat publish, seterusnya menjejaskan timeline dan membuatkan rakan² Farhan tak up-to-date dengan current situation. Walau bagaimanapun, aku tegaskan di sini yang setiap post ditulis on the same date, given 2 or 3 hours after the real event took place. Sorry again, I’m a busy man myself. InsyaAllah, aku cuba improve keadaan ni untuk hari² berikutnya. Thanks for your support semua rakan² Farhan, I really² appreciate it.


1 Comment so far
Leave a comment

bagus…satu blog yg menarik..

Comment by kingshah




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: