Rakan Farhan – A Fan Club


Farhan’s 2nd Performance
June 30, 2008, 7:24 pm
Filed under: Music | Tags: , ,

Farhan memperalunkan lagu Iman Mutiara, hasil tunjuk ajar Abang Nazrey daripada Raihan.



Farhan’s 1st Performance
June 26, 2008, 8:42 pm
Filed under: Music | Tags: , ,

Ini adalah persembahan sulung Farhan pada konsert Akademi Nasyid yang berlangsung pada Sabtu, 21 Jun 2008 yang lalu. Congratulations Farhan!!!



Rakan Farhan on the move…..
June 26, 2008, 6:38 am
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semenjak siapnya laman blog ni, aku dan beberapa rakan Farhan yang lain dengan giatnya sibuk mempromosikan Rakan Farhan kepada kenalan² kitaorang. Kalau boleh kitaorang nak create awareness dikalangan masyarakat Malaysia tentang kewujudan Akademi Nasyid ni. Ada juga yang tak tahu wujudnya Akademi Nasyid. Aduh, ni mesti tak layan TV9 ni…… Ada juga yang tak layan nasyid. Aku akui semenjak kebelakangan ni, kurang sikit lagu² nasyid berkumandang di corong² radio mahupun di layar² televisyen. Irama nasyid ni seolah² tenggelam-timbul plak fenomenanya. Tapi tak lama kemudian, TV9 terbitkan rancangan Carta Nasyid yang bersiaran pada hari Sabtu jam 12.30 tengahari kalau tak silap aku. Aku kadang² tertonton jugak rancangan ni kalau bersantai² di rumah. Bagi aku, baguslah ada rancangan seumpama ni. Masyarakat zaman sekarang, terutamanya remaja² dan budak² kecil yang sedang membesar, dah tak denagar nasyid² ni. Semua dah disogokkan dengan pop, R&B, rap, hip-hop, dan segala macam jenis lagu yang kebanyakannya diimport dari luar negara. Bukanlah aku kata takleh dengar, aku pun dengar juga lagu² sebegitu cuma aku agak terkilan kalau melihatkan pengaruh muzik yang diaorang dengar tu terbawa² dalam kehidupan seharian.

Sebab tu sekarang tak susah nak tengok budak² Melayu ber’shuffle’ (sejenis tarian), bertopi senget, dan segala macam pe’el lagi. Kadang² pakcik makcik pun geleng kepala dan tepuk dahi melihatkan keletah diaorang. Aku macam rindukan plak zaman² Raihan, Rabbani, dan Hijjaz mula² mempopularkan kembali lagu² nasyid ke aliran mainstream. Masa tu kita boleh tengok anak² kecil dan segolongan besar budak² sekolah rendah mahupun menengah mengalunkan lagu² nasyid. Pakcik makcik pun tak ketinggalan. Lagu² nasyid masa tu sangat catchy, so bila dah selalu jadi alunan suara, secara tak langsung dakwah yang dibawa tersebar dengan luas lagi mudah. Pertandingan nasyid pun masa tu bersepah². But it is not always long-lasting kan? Industri muzik kat Malaysia ni pun susah nak memungkinkan segalanya…..

Tapi aku memang minat sangat dengan Rabbani, like forever!!! (Lobi² Ustaz Asri – Pengetua Akademi Nasyid) Aku memang diehard fan KRU, so bila KRU terbitkan album Rabbani, aku dah agak Rabbani akan hidangkan produk² nasyid yang memang terbaik, lain daripada yang lain. And was I wrong?! Heh….. Sebab tu Rabbani boleh menang award² AIM bertahun², berturut². Rabbani memang the best!!!

Sebenarnya aku patut masukkan lagi banyak post tapi takde material lagi. Kawan kepada abang Shah nak jumpa aku esok malam (26 haribulan) untuk bincangkan material² baru untuk disumbatkan ke dalam weblog ni. I’m looking forward to it as tak banyak yang aku tau lagi pasal Farhan ni secara detail. Apa yang aku boleh khabarkan sekarang ialah selain kemunculan weblog ni, aku juga dah mulakan pembuatan banner² mini. Kobau plak tengah berusaha nak siapkan design bunting baru. Shah sendiri pun sibuk ke hulu ke hilir cuba contribute material² yang berkaitan untuk mengembangkan lagi pergerakan Rakan Farhan. Just pray to Allah s.w.t. that our on-going effort ni berbaloi, at least biar nampak hasilnya sendiri oleh kumpulan Farhan sebab kitaorang taknak jaja nama sahaja tapi kosong, takde effort or what-so-ever (takde banner or bunting lagi teruk).

So to all Rakan Farhan, jumpa anda di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Sabtu ni, 28 Jun 2008 jam 7.30 malam. Bagi yang menonton di rumah, jangan lupa bagi sokongan melalui SMS anda!!! Vote for Farhan, AN<space>FARHAN dan hantar ke 33399.

-are-



The Making of Rakan Farhan
June 24, 2008, 6:54 pm
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

<Mukadimmah>

<Sabtu, 21 Jun 2008, sekitar jam 4.00 petang – 8.00 malam>

Lazimnya, setiap hari Sabtu malam Ahad, geng² kitaorang akan lepak² kat Dealova sambil main game semalaman sampai pagi, selang-seli minum² kat mapley bawah. Kalau ada apa² nak dibincangkan, hari² camni la yang paling sesuai. Yelah, majoriti geng² kitaorang ni semuanya orang yang berkarier. Kalau nak hang-out pun, weekend malam² camni la.

Tapi hari ni, Sabtu 21 Jun, buat julung² kalinya, warga Dealova dan sahabat² taulan (9 orang je pun) akan ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam untuk satu event yang boleh kebanyakan kitaorang cakap, “Inilah first time kitaorang pergi event² camni.”

Tepat jam 5.30 petang, Samba, Joe, Kobau, Epul, E’ar, Dida, Anewm, aku, dan orang penting, Shah berkumpul dan bertolak dari Dealova, Desa Pandan untuk ke Shah Alam.

Jam 6.15 petang, kitaorang dah sampai Shah Alam. Convoy 2 kereta; kereta first, kereta Kobau – Kobau, Shah, E’ar, Anewm, and Dida. The rest of us – Samba, Joe, Epul, and aku naik kereta Samba. Sebelum ke Plaza Alam Sentral, kitaorang pusing² dulu bandar Shah Alam, kebanyakan daripada kitaorang dah lama tak jenguk Shah Alam.

Jam 6.45 petang, semua dah berkumpul kat foodcourt tingkat 5 tepi Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral tu. Kitaorang lepak² jap sebelum masuk ke studio, Shah selaku orang penting yang menyatukan kumpulan pertama ni belanja minum sirap bandung. Mula² ingat masuk pukul 7.00 malam, tapi postpone ke 7.30 malam bagi memudahkan urusan orang ramai nak bersolat Maghrib dulu.

Rakan Farhan 1st batch.

Rakan Farhan 1st batch without me.

Salim, kawan kitaorang, datang 15 minit sebelum kitaorang nak bergerak masuk ke dalam. So, sekarang dah bertambah ahli penyokong ke 10 orang. Majoritinya semua pakai baju oren, kata Shah, oren warna rasmi Farhan. Heh, aku plak pakai baju melayu hitam, play safe. Aku mana la ada baju oren. Joe plak ala² oren (ke merah baju kau tu Joe?)

Tepat jam 7.30 malam, dah ramai orang berkumpul depan pintu masuk Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral tu. Tiba sahaja giliran pengawal pintu panggil ‘ahli keluarga kumpulan Farhan’, kitaorang semua beratur cam itik masuk ke dalam studio. Obviously, kitaorang bukanlah ahli keluarga kumpulan Farhan, cuma kawan² kepada Shah, yang mana abangnya adalah salah seorang daripada trio Farhan tu.

Abang kepada Shah

<Flashback>

<Selasa, 17 Jun 2008, 7.45 pm>

(Lagu Sempurna dari Andra & The Backbone berdering) Aku capai handphone aku, aku tengok ada satu SMS dari Shah. Aku baca. Oh, rupa²nya kumpulan nasyid abang dia terpilih jadi antara 12 finalis Akademi Nasyid. Shah nak jumpa aku dan geng² kat Dealova petang esoknya di Desa Pandan.

<Rabu, 18 Jun 2008, sekitar jam 9.00 malam>

Aku tak sempat jumpa Shah petang tadi. Tak larat nak datang Dealova. Malam ni aku masuk kerja pukul 1 pagi so aku lepak² jap main game. Sedang aku dan Kobau main game, tiba² handphone Kobau berbunyi. Sambil² main game tu, aku curi² dengar jugak apa yang Kobau sembangkan kat handphone dia tu. Aku ada terdengar pasal banner. bunting, poster, dan macam² lagi la. Apa cerita? Aku tak bertanya pun. Lepas tu Kobau sambung main game.

<Jumaat, 20 Jun 2008, sekitar jam 10.00 malam>

Kobau kalut apa ntah? Sibuk call kawan dia, Myra, suruh datang Dealova hantar design bunting sebelum nak pergi print kat kedai. Shah pun ada. Lepas tu kitaorang pergi lepak minum kat mapley bawah, Shah nak discuss something. Oh, rupa²nya yang Kobau kalut² tu sebenarnya sebab nak siapkan bunting untuk konsert Akademi Nasyid esok. Eh, konsert? Kobau nak pergi konsert Akademi Nasyid? Biar betul? Aku macam tak percaya je. Lepas tu Samba dan Joe pun dating lepak sekali. Bincang punya bincang, semua setuju nak pergi konsert Akademi Nasyid sebagai tanda sokongan untuk Shah dan abang dia. Wahlaweih, kalau macam ni, aku pun baru first time la akan ke konsert² seumpama macam ni. Aku memang tak pernah ke konsert apa² baik A.F. ke, Gangstarz ke, even ke studio rakaman rancangan Senario pun tak pernah, alih² esok nak tengok live performance kat Studio 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Syok jugak rasanya. So, lepas semua dah bersetuju time nak berkumpul dan bergerak dari Desa Pandan, semua bersurai. Myra dah siapkan design tadi tak sempat nak hantar printing, lagipun takkan sempat siap by tomorrow. Diaorang suruh aku come up dengan poster or what ever banner esok. Ha’ah, yelah tu, ada ke material di rumah aku tu?

<Farhan: In The Making>

Farhan adalah kesinambungan sebuah kumpulan nasyid yang tertubuh buat sekian lamanya di Universiti Multimedia, Cyberjaya dibawah nama Willdone. Dan Willdone bukanlah sebarang kumpulan nasyid picisan, mereka telah begitu lama berkecimpung dengan senario industri muzik nasyid sehinggakan Raihan, Brothers, dan lain-lain kumpulan nasyid utama di Malaysia pernah mengambil mereka sebagai back-up singers. Pendek kata, mereka bukanlah ‘orang baru’ secara rohaniahnya. Mereka juga pernah mengikuti kelas vokal dengan tak lain tak bukan, Puan Siti Hajar sendiri yang juga guru vokal untuk Akademi Fantasia. Kesimpulannya, Farhan adalah sebuah kumpulan nasyid yang tersedia, baik dari segi teknikal, vokal, dan showmanship kerana telah menimba sedikit sebanyak ilmu dari pengalaman² lepas. Namun begitu, masih jauh lagi perjalanan Farhan……

So, untuk further information on Farhan’s members personal detail, anda bolehlah ke laman blog ahli masing² seperti yang terdapat pada pautan laman blog ni.

<Outro>

< Sabtu, 21 Jun 2008, sekitar jam 8.30 malam – 10.30 malam>

Kitaorang duduk kat row ketiga, betul² center area depan stage. Masa sebelum show tu, floor manager buat sesi taklimat dan test power tepukan, sorakan, dan banner showing. Bila salah seorang floor manager tu mintak ahli penyokong Farhan angkat banner, kitaorang angkat tangan!!! Hahahahahahahahaha!!! Dah la bunting tak sempat siap, satu apa banner pun takde. Kelakar betul. Apa yang signifikan untuk tunjukkan kitaorang ni penyokong Farhan adalah suara sorakan kitaorang dan of course, baju warna OREN!!! (Aku plak pakai baju hitam, hoho) Dalam pada kehangatan nak bermulanya live show malam tu, aku pun turut hangat (panas). Spotlight² dalam studio tu betul² memancar terang dan menyebarkan haba kepanasan ke setiap pelusuk inci Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral.

Sambil² aku mengesat peluh yang terkumpul setiap minit di dahi aku, sempat juga aku snap 2,3 foto Yasin, Ustaz Asri dari Rabbani, dan set² studio Akademi Nasyid. Tak sangka aku ada kat sini, first time beb pergi event² camni. Tapi yang jadi lagi best tu sebab ada kawan² yang sempoi cam Samba, Salim, dan Kobau. Diaoranglah yang betul² hidupkan suasana dalam studio tu.

Giliran Farhan tiba selepas persembahan ke-8 dan semestinya penampilan trio Farhan disambut meriah oleh penyokong² Belanda (uikz???) Farhan pada malam tu membawa lagu Suci Sekeping Hati yang pernah popular zaman aku sekolah² dulu. Rasa cam pelik dan sengal² ubi je teringat zaman² aku nasyid dulu. Yelah, satu kumpulan nak ada sampai 20 orang, padahal sekarang bertiga je cam Farhan.

Suara ahli² Farhan memang mengancam meskipun hanya bertiga sebab kalau bertiga, harmonization tu limited compared to groups that consist of 4 members and above. But they proved me wrong. Lagipun cara diorang bawak lagu tu memang berbeza dari apa yang kita selalu dengar (kepada mereka yang mendengar lagu² nasyid la). Bagi aku, persembahan diaorang antara the best. Pencabar terdekat? Voice of Men dari Johor Bahru kalau aku tak silap. I’m not rooting for them but Farhan needs to watch out for these guys!!! Persembahan Abang Azhan (final performer) pun tak kurang hebat. Tak sangka suara dia begitu mendayu² sebab masa aku tengok pemilihan Akademi Nasyid dulu, Abang Azhan ni suara dia cam biasa (biasa yang sedap la) tapi bila dengar live, pergh, memang lunak suara Abang Azhan!!! Alhamdulillah, lepas persembahan Abang Azhan, tamatlah sudah konsert pertama Akademi Nasyid yang julung² kali diadakan seumpamanya. Tahniah pada TV9, sememangnya anda ‘dekat di hati’!!!

Lepas keluar dari studio, kitaorang buat sesi fotografi disertai Farhan kemudiannya. Diorang menyatakan rasa terima kasih pada kitaorang yang hadir sebab sudi datang dan bagi semangat dan cheer kumpulan diaorang. Aku pun tumpang bangga sebab aku dah masuk national TV (hehehe). Jangan risau Farhan, minggu akan datang, lagi ramai kitaorang bawak, dan yang paling penting, dah ada banner dan bunting!!!

Good luck and all the best then!!! Jangan risau, perjuangan Farhan akan kami sokong!!! Vote for Farhan!!! Taip AN<space>Farhan dan send ke 33399. Inilah masanya handphone korang yang canggih-manggih tu berbakti untuk sesuatu yang baik. Jadi kepada kawan², sahabat-handai, ahli keluarga, saudara-mara, dan individu² yang mengenali Farhan atau terkelompok dalam lingkungan sosial ahli² Farhan, apa lagi??? Tunaikan tanggungjawab anda!!!

To Farhan, keep it up and God bless!!! InsyaAllah, berkat usaha, anda pasti berjaya!!! Maka wujudlah Rakan Farhan mulai saat ini…..

Next week, ramai sikit datang OK?!

-are-



Satu Permulaan
June 24, 2008, 6:48 pm
Filed under: Music | Tags: , ,

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 21 Jun 2008, TV9, sebuah rangkaian televisyen Malaysia daripada kumpulan Media Prima Berhad telah mencipta sejarah dengan mengadakan satu program realiti yang berunsurkan keagamaan. Ini merupakan satu revolusi baru di dalam program realiti hiburan tanah air melalui penganjuran pertandingan nasyid setelah TV9 berjaya dengan program realiti Akademi Al-Quran yang telah berlangsung selama 3 musim.

Logo Akademi Nasyid.

Set Akademi Nasyid di Studio 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Antara kumpulan nasyid yang telah berjaya melepasi uji bakat adalah kumpulan yang dikenali sebagai Farhan yang berpusat di Kuala Lumpur.

Trio Farhan

Weblog ini didirikan dengan tujuan untuk mendekatkan para peminat nasyid di Malaysia khususnya peminat-peminat Farhan dengan berita-berita terkini, komen-komen penonton dan peminat, serta aktiviti-aktiviti semasa yang akan dianjurkan oleh Rakan Farhan, sebuah kelab peminat khas kumpulan Farhan.

Sekian,

-Mundzir-

Webmaster dan penyelia weblog Rakan Farhan